top of page

Search Results

54 items found for ""

  • MENTERI DALAM NEGERI HARUS SEGERA KAJI SEMULA SOSMA

    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menyeru Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution untuk segera menyemak semula SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (LangkahLangkah Khas). Perkara yang harus diketahui oleh Menteri Dalam Negeri adalah: 1. SOSMA masih membenarkan penahanan tanpa bicara iaitu penahan di bawah kuasa polis selama 28 hari tanpa melalui proses mahkamah atau campur tangan majistret. 2. Orang Kena Tahan (OKT) dinafikan hak dan akses kepada peguam dan ahli keluarga pada 48 jam pertama dan selepas itu hak OKT masih bergantung kepada budi bicara pihak polis. 3. Peruntukan tersebut juga meningkatkan risiko OKT diseksa dan membuat pengakuan paksa tanpa pengawasan daripada pihak mahkamah atau majistret. 4. Di bawah SOSMA, badan kehakiman tidak mempunyai kuasa budi bicara malah sebaliknya, pihak pendakwa raya yang memegang kuasa mutlak untuk menentukan sama ada seseorang itu diberikan peluang untuk diikat jamin atau tidak. Dalam hal ini, kebanyakan kes tidak diberikan jaminan. 5. Antara kes SOSMA yang dipantau SUARAM, terdapat individu yang ditahan melebihi 5 tahun sehingga perbicaraan tamat dan dihukum. Dasar 'tiada ikat jamin' ini bukan sahaja melanggar hak tahanan untuk perbicaraan yang adil, tetapi seolah-olah individu tersebut telah diisytiharkan bersalah sebelum mahkamah. 6. SOSMA juga membenarkan ‘saksi yang dilindungi’ merahsi akan identiti mereka daripada tertuduh dan peguam bela semasa memberikan keterangan. Hal ini menyukarkan tertuduh untuk mencabar kredibiliti saksi dan sukar untuk membuat pembelaan yang mencukupi bagi pertuduhan. 7. Di bawah SOSMA, “apa-apa pernyataan oleh seseorang tertuduh sama ada secara lisan atau bertulis kepada mana-mana orang pada bila-bila masa” hendaklah boleh diterima sebagai keterangan, tanpa mengira ia adalah pengakuan paksa atau sebaliknya. Kami ingin menggesa agar beliau juga mendengar pandangan para pemegang taruh termasuk kumpulan masyarakat sivil sebelum memberi sebarang kesimpulan terutamanya dalam isu hak asasi manusia. SUARAM meminta kerajaan baru untuk MORATORIUM penggunaan SOSMA sehingga keputusan kajian semula atau pemansuhan dilaksanakan. SOSMA membelakangi prinsip setiap orang yang tertuduh bagi mana-mana jenayah dianggap tidak bersalah sehingga dia terbukti bersalah (presumption of innocence) kerana ia menghukum dahulu atau jamin ditolak dan dipenjara sehingga selesai proses mahkamah. Kerajaan baru harus tolak konsep hukum dahulu bicara kemudian. Akhir sekali, kami menyeru agar kerajaan baharu yang ditubuhkan atas nama reformasi perlu mengambil langkah segera dalam penilaian semula dan kerja pemansuhan SOSMA serta undangundang drakonian yang lain.

  • HALANGAN MEMBUAT LAPORAN POLIS ATAS ALASAN PEMAKAIAN MELANGGAR PRINSIP

    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada 4 Februari 2023 bahawa kelonggaran etika berpakaian di balai polis hanya dibenarkan dalam kes kecemasan dan terhad kepada situasi "hidup dan mati". Kami ingin mempersoalkan bagaimana pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menentukan penilaian sebegini dan menetap sama ada kes tersebut bersifat “hidup dan mati”? Sepatutnya isu ini tidak wujud kerana tanggungjawab polis adalah untuk menerima setiap laporan yang dibuat oleh mana-mana pihak tanpa syarat termasuk golongan yang ingin membuat laporan polis tetapi pemakaian mereka tidak memenuhi kriteria. Ini bukan kali pertama isu pemakaian dibangkitkan ketika orang awam ingin mengakses kepada perkhidmatan polis. Seorang mangsa gangguan seksual yang memakai ‘cosplay’ telah dimalukan dan disalahkan oleh pegawai polis kerana berpakaian sedemikian. Tindakan ini membangkitkan beberapa persoalan dasar perkhidmatan unit penguatkuasaan termasuk penafian hak untuk membuat aduan dengan alasan pemakaian tidak bersesuaian, melambatkan proses penyiasatan dan melambatkan keadilan. Moto PDRM amat jelas, iaitu tegas, adil dan berhemah, maka pihak polis sepatutnya bersikap adil dan tegas ketika melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab. Pihak polis tidak boleh menggunakan sebarang alasan terutamanya alasan pemakaian tidak bersesuaian bagi menghalang mana-mana pihak daripada membuat laporan polis. SUARAM berpendapat bahawa pengadu yang hadir ke balai polis dan membuat laporan adalah golongan yang memerlukan bantuan atau pelindungan serta-merta. Tindakan polis yang menghalang individu masuk ke balai polis atas alasan pemakaian tidak bersesuaian bukan sahaja mencabuli hak asasi rakyat Malaysia, malah melanggar prinsip kesamarataan di Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu ‘semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang’. PDRM perlu meletakkan keutamaan dalam menerima laporan, membuat siasatan dan menghantar laporan siasatan kepada Pendakwa Raya tanpa membuat sebarang pengadilan berdasarkan penampilan dan pemakaian pengadu. PDRM tidak harus menjadi entiti yang merangsang kepolisan moral dan diskriminasi terhadap pemakaian pengadu atau mangsa. SUARAM mengingatkan kerajaan baharu untuk mengekalkan pendirian dan mengeluarkan satu notis rasmi seperti apa yang Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Dato' Sri Azalina Othman berkata dalam jawapan bertulis di Parlimen pada tahun 2015, iaitu tiada kod pakaian untuk orang ramai ketika berurusan dengan jabatan dan agensi kerajaan. Dasar ini perlu dijelaskan kepada semua kakitangan dalam sektor awam termasuk PDRM tanpa mengira pangkat.

  • DAKWAAN ROGOL TERHADAP ANGGOTA POLIS: KERAJAAN PERLU TEGAKKAN KEADILAN

    serta sistem akauntabiliti salah laku Polis Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengambil serius mengenai dakwaan terhadap seorang inspektor polis yang merogol seorang mangsa dan menggesa agar penggantungan kerja inspektor tersebut perlu dijalankan dengan serta-merta sehingga satu penyiasatan yang bebas dilaksanakan. Polis yang sepatutnya menjadi pelindung kepada masyarakat telah mengancam keselamatan individu. Kami melihat perbuatan rogol ini satu jenayah yang serius. SUARAM meminta agar satu siasatan terhadap inspektor polis itu dilaksanakan secara telus dan terbuka. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus sentiasa kemas kini perkembangan siasatan serta mengumumkan tindakan susulan yang diambil. Perkara ini tidak boleh hanya tertakluk kepada tindakan tatatertib sahaja tetapi inspektor yang didakwa terlibat dalam kes rogol ini harus dituduh di mahkamah. SUARAM juga mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) PDRM ketika mengendalikan kes berkaitan dengan rogol dan gangguan seksual. Memandangkan Akta Antigangguan Seksual telah diwartakan, PDRM harus meneliti semula dan memperhalusi SOP yang lebih sensitif kepada gender, malah memberi latihan profesional kepada pegawai-pegawai penyiasat berkenaan. SUARAM mengingatkan pihak umum bahawa ini bukan kali pertama pihak media membongkarkan kes rogol atau gangguan seksual yang dilakukan oleh pegawai polis. Kami khuatir kes sebegini tetap berulang kerana budaya bebas daripada sebarang hukuman. Kes rogol ini adalah antara kes yang memerlukan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang diperjuangkan oleh kumpulan masyarakat sivil (civil society organisation - CSO). Namun dalam konteks Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang sedia ada, ia tidak mempunyai kuasa menyiasat dan penguatkuasaan yang setimpalnya. Sebarang keputusan siasatan oleh IPCC hanya dirujuk kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) akan tetapi SPP tidak mempunyai kewajipan untuk melaksanakan cadangan tersebut ataupun melapor balik kepada IPCC. SUARAM menyeru agar kerajaan baharu mengadakan satu mesyuarat libat urus bersama pihak CSO untuk kaji semula Akta IPCC yang sedia ada, sama ada menggantikannya dengan IPCMC atau memasukkan elemen-elemen seperti suruhanjaya yang bebas serta mempunyai kuasa menyiasat dan penguatkuasaan ke dalam IPCC. SUARAM memandang serius terhadap salah laku inspektor polis tersebut. Kami menekankan bahawa keadilan kepada mangsa hanya boleh ditegakkan melalui tindakan yang tegas dan telus terhadap inspektor tersebut. Sistem akautabiliti polis pula perlu dikukuhkan dengan segera bagi memulihkan kepercayaan umum terhadap pihak polis.

  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) Baru Harus Pegang Prinsip Reformasi dan Kaji Semula SOSMA

    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) kecewa dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution bahawa pihak beliau tidak berniat untuk menyemak semula SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas). Beliau hanya memberi retorik lama untuk kewujudan undang-undang zalim tersebut. Kenyataan Menteri KDN juga bercanggah dengan pendirian Pakatan Harapan yang pernah menolak usul pelanjutan tempoh pelaksanaan subseksyen 4(5) SOSMA di Dewan Rakyat pada Mac dan Julai 2022 yang lalu. Perkara yang harus diketahui oleh Menteri Dalam Negeri adalah: 1. SOSMA masih membenarkan penahanan tanpa bicara iaitu penahan di bawah kuasa polis selama 28 hari tanpa melalui proses mahkamah atau campur tangan majistret. 2. Orang Kena Tahan (OKT) dinafikan hak dan akses kepada peguam dan ahli keluarga pada 48 jam pertama dan selepas itu hak OKT masih bergantung kepada budi bicara pihak polis. 3. Peruntukan tersebut juga meningkatkan risiko OKT diseksa dan membuat pengakuan paksa tanpa pengawasan daripada pihak mahkamah atau majistret. 4. Di bawah SOSMA, badan kehakiman tidak mempunyai kuasa budi bicara malah sebaliknya, pihak pendakwa raya yang memegang kuasa mutlak untuk menentukan sama ada seseorang itu diberikan peluang untuk diikat jamin atau tidak. Dalam hal ini, kebanyakan kes tidak diberikan jaminan. 5. Antara kes SOSMA yang dipantau SUARAM, terdapat individu yang ditahan melebihi 5 tahun sehingga perbicaraan tamat dan dihukum. Dasar 'tiada ikat jamin' ini bukan sahaja melanggar hak tahanan untuk perbicaraan yang adil, tetapi seolah-olah individu tersebut telah diisytiharkan bersalah sebelum mahkamah. 6. SOSMA juga membenarkan ‘saksi yang dilindungi’ merahsiakan identiti mereka daripada tertuduh dan peguam bela semasa memberikan keterangan. Hal ini menyukarkan tertuduh untuk mencabar kredibiliti saksi dan sukar untuk membuat pembelaan yang mencukupi bagi pertuduhan. 7. Di bawah SOSMA, “apa-apa pernyataan oleh seseorang tertuduh sama ada secara lisan atau bertulis kepada mana-mana orang pada bila-bila masa” hendaklah boleh diterima sebagai keterangan, tanpa mengira ia adalah pengakuan paksa atau sebaliknya. Oleh hal yang demikian, kami ingin menegaskan bahawa kenyataan YB Datuk Seri Saifuddin mengenai peruntukan SOSMA adalah tidak tepat sedangkan ianya jelas melanggar prinsip perbicaraan yang adil di bawah Perlembagaan Malaysia dan piawaian antarabangsa. Kami memahami YB Datuk Seri Saifuddin merupakan menteri yang baru dilantik, malah memerlukan masa untuk mendengar taklimat dan memahami perkara-perkara berkaitan dengan Kementerian beliau. Namun, kami ingin menggesa agar beliau juga mendengar pandangan para pemegang taruh termasuk kumpulan masyarakat sivil sebelum memberi sebarang kesimpulan terutamanya dalam isu hak asasi manusia. Akhir sekali, kami menyeru agar kerajaan baharu yang ditubuhkan atas nama reformasi perlu mengambil langkah segera dalam penilian semula dan kerja pemansuhan SOSMA serta undang-undang drakonian yang lain.

  • An Open Letter from SUARAM to the New Prime Minister of Malaysia

    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) congratulates and thanks the Rakyat of Malaysia for the peaceful and participative 15th General Elections (GE15) and change of government last week. The kind understanding, respect for democracy, solidarity, and patience of the Rakyat during these trying times are a symbol of our unity and multicultural harmony. Additionally, SUARAM congratulates all the elected representatives chosen by the Rakyat and the coalitions who have set aside their differences to collaborate and serve the nation under the leadership of the 10th Prime Minister of Malaysia, Dato’ Seri Haji Anwar bin Ibrahim. We hope the Reformasi struggle of nearly a quarter of century will be realised by the unity government without any delays, excuses and U-turns as seen previously, for the benefit of all citizens of our beloved country. SUARAM and civil society has been following and supporting this struggle from the ground since the days of the Internal Security Act (ISA) and the miscarriages of justice that were experienced by many members of the government today. We hope the promises made to build a better, safer, and more equitable Malaysia will be fulfilled starting with the following: 1. Abolishment of draconian laws that enable punishment without going through judicial processes i.e., Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA), Prevention of Crime Act 1959 (POCA) and Prevention of Terrorism Act 2015 (POTA). 2. Replace the IPCC with the IPCMC in its original form, improve police accountability and establish a Royal Commission of Inquiry on torture and deaths in custody. 3. Under the umbrella of freedom of expression, repeal the Peaceful Assembly Act 2012 (PAA), amend, and limit the use of the Official Secrets Act 1972 (OSA), repeal section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998 (CMA) and the Printing Presses and Publications Act 1984 (PPP). 4. Identifies, recognizes, and legitimise the key role of human rights defenders as individuals or groups who act to promote human rights and fundamental freedoms through peaceful means. It is high time that Malaysia steps out of the dark ages and into the era of matured politics, people-centric approach, and good governance. A formidable majority in parliament is a mandate to be utilised for the good of the people, not an excuse to silence critics. Remember, the Rakyat are the boss, and we are watching your every move! Hidup Rakyat!

  • PDRM HARUS HORMATI KETELUSAN & KETERBUKAAN DALAM SIASATAN

    SUARAM BANTAH PENAHANAN TANPA BICARA DAN MENUNTUT INKUES MANDATORI TERHADAP KEMATIAN DALAM TAHANAN SUARAM berasa amat kesal dan bimbang terhadap kes kematian dalam tahanan ke-20 yang diumumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun ini.* Kami bantah sekeras-kerasnya terhadap undang-undang penahanan tanpa bicara serta mempersoalkan ketelusan dan keterbukaan dalam siasatan kes kematian dalam tahanan selama ini. Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) membenarkan penahanan tanpa bicara selama 60 hari. Ia bukan sahaja mendedahkan tahanan-tahanan kepada risiko penderaan, salah laku atau kecuaian oleh pegawai berkenaan, malah tahanan-tahanan tidak mempunyai platform untuk mengadu atau memaklumkan keadaan kesihatan mereka yang tidak sesuai untuk duduk di dalam lokap. Walaupun Unit Siasatan Jenayah Kematian dalam Tahanan (USJKT) ditubuhkan pada awal tahun, tetapi tiada penambahbaikan mengenai isu ini. Kami memahami masa diperlukan untuk siasatan polis dalam kes-kes kematian dalam tahanan sebegini. Walau bagaimanapun, masa yang diambil adalah terlalu lama. Suku pertama tahun 2022, kita mendapati ada 14 kes kematian dalam tahanan. Namun, setelah enam bulan berlalu, USJKT masih gagal memberi sebarang maklumat mengenai perkembangan siasatan kes-kes berkenaan. Nama dan butiran-butiran mangsa, hasil laporan bedah siasat, keadaan kesihatan fizikal dan mental mangsa sebelum masuk lokap, status dan perkembangan siasatan semasa masih tidak diketahui. Ia seolah-olah percubaan pihak PDRM untuk memadamkan identiti mangsa dan depersonalisasi mereka, malah melayan mangsa-mangsa ini seperti angka dalam statistik sahaja. Tiada sesiapa kecuali PDRM sendiri yang tahu cara operasi atau prosedur PDRM dan USJKT dalam siasatan dan pengendalian kematian dalam tahanan. USJKT gagal memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa siasatan mereka adalah bebas, tidak menerima tekanan atau campur tangan daripada pihak atasan. Pihak masyarakat sivil telah berkali-kali menghantar surat dan memorandum kepada Bukit Aman untuk mengaturkan satu mesyuarat bersama Pengarah JIPS sejak Februari 2022. Namun, pihak kami hanya diberitahu untuk menunggu e-mel mengenai perkembangaan pengaturan mesyuarat dan tiada perkembangan selepas itu. Hal ini bercanggah dengan nilai keterbukaan dan ketelusan yang selalu disebut oleh PDRM dalam pengendalian kes kematian dalam tahanan. Selain itu, kami juga berasa amat terkejut dengan fakta di mana hanya satu kes dituduh di mahkamah dan hanya satu kes yang dirujukkan kepada koroner untuk prosiding inkues setakat ini sedangkan Seksyen 334 Kanun Tatacara Jenayah dengan jelas menetapkan kewajipan menjalankan prosiding inkues bagi semua kematian yang berlaku dalam tahanan polis. Kami ingin menegaskan pendirian kami bahawa inkues mandatori perlu dijalankan dengan segera bagi semua kematian dalam tahanan bagi mengelakkan pengubahan bukti dan pemalsuan tempat kejadian jenayah. Ia adalah cara yang paling sesuai dan berkesan di sisi undang-undang untuk mencari kebenaran serta menentukan punca kematian sama ada ia melibatkan unsur jenayah, kecuaian atau faktor kesihatan. Siasatan terhadap kes-kes berkenaan perlu dilaksanakan oleh pihak ketiga ataupun badan luar yang bebas dan bukannya oleh PDRM bagi menggelakkan sebarang campur tangan dan konflik kepentingan. Kami berpendapat bahawa tiba masanya Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang baru diluluskan oleh Dewan Rakyat untuk mengambil alih siasatan kes-kes kematian dalam tahanan polis bagi menentusahkan sama ada institusi ini dapat memelihara keberkesanan, kebebasan dan kesaksamaannya dalam perkara ini. Keadilan yang dilenggahkan adalah keadilan yang dinafikan. PDRM perlu menjadi lebih telus dan terbuka dalam pengurusan kematian dalam tahanan, sentiasa mengemas kini status dan perkembangan siasatan untuk memastikan ahli keluarga dan pihak umum memahami usaha-usaha PDRM. *https://www.facebook.com/100064506887551/posts/458643082962584/

  • DESPITE MALAYSIA CELEBRATING HER 65TH INDEPENDENCE DAY, MALAYSIANS ARE STILL SUSCEPTIBLE

    To Arbitrary Abduction, Disappearance and Police Indifference The 30th of August is the International Day of the Victims of Enforced Disappearances. On this day, Citizens Against Enforced Disappearances (CAGED) and Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) remind the government that the perpetrators of the crime of enforced disappearance conducted against Amri Che Mat, Raymond Koh, Joshua Hilmy and Ruth Sitepu remain unidentified and what happened to the foursome remains veiled in secrecy. The crime of enforced disappearance is defined under Article 2 of the International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance as “the arrest, detention, abduction or any other form of deprivation of liberty by agents of the State or by persons or groups of persons acting with the authorization, support or acquiescence of the State.” Three exhaustive investigations by the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) have resoundingly concluded that Amri, Raymond, Joshua and Ruth are victims of the crime of enforced disappearance. SUHAKAM announced its conclusions in April 2019 (Raymond and Amri) and in April 2022 (Joshua and Ruth). Responding to public clamour, in May 2019, the previous government established a 7-member taskforce. According to news reports, the taskforce submitted its report to the government at the end of February 2019. Also according to news reports, the government has sealed the report “in the interest of national security” - presumably because it contains evidence of unsavoury aspects of policing in Malaysia. The victims’ families are being denied knowledge of the truth about what happened to their loved ones. They have no closure. They are suspended in a state of unknowing. The struggle of the families for justice has been long and arduous, with much involvement of civil society. Public clamour caused SUHAKAM to mount its investigations. Public clamour caused the government to form the special taskforce. Public clamour continues with outrage that the report of the taskforce has not led to, and is not leading to reforms and prosecutions. There is also mounting public clamour over the fact that more than four months after SUHAKAM published its findings in the case of Joshua and Ruth, neither the police nor the government have uttered even a squeak about what they will do in response. The International Day of the Victims of Enforced Disappearances falls on the day before Malaysia’s national independence day. The 31st August is meant to serve as an annual day of rejoicing over the gaining of autonomy and freedom from British rule. However, the eve of the 31st is now an annual day of weeping over the implicit acceptance by the government of Malaysia that enforced disappearance is not a crime. The family and friends of the victims are forced to experience the mental anguish of not knowing whether their loved one is still alive and to suffer continuous, throbbing anxiety over the whereabouts and physical and mental condition of their loved ones. The concept of Keluarga Malaysia which the Prime Minister is promoting is but a sham for as long as the perpetrators of these serious crimes are not held accountable and the government fails to uphold the right to truth, justice, reparations and reforms. We urge the government to release the findings of the task force report. We also urge the government to develop and publish an action plan, with scheduled dates to publicly inform the public about progress in implementing the recommendations of SUHAKAM and of the taskforce. The plan should include steps to: Establish institutional and standard operating measures for investigating missing persons, abductions and disappearances Implement reviews and actions to assure all authorities respect the right of freedom of religion of every person under Article 11(1) of the Federal Constitution Begin the process of ratifying the International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance (ICCPED). On this important day, CAGED and SUARAM reiterate our commitment to stand in solidarity with victims and the families of enforced disappearances and to continue our campaigns and advocacy to eliminate all forms of enforced disappearance in Malaysia.

  • The Peaceful Assembly Act 2012 Charges Against 3 Individual Undermines Right to Peaceful Assembly

    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) is concerned with the called for investigation and subsequent charges laid against Youth Chief of AMANAH, Hasbie Muda, International Islamic University Malaysia Student Union’s president, Aliff Naif and finally the PKR’s Youth Chief for Batu, Lestari Yahya. The charges under the Section 9(5) of the Peaceful Assembly Act laid against the 3 individuals were pertaining to the peaceful protest over rising prices held on 23rd July 2022 even though it was held peacefully and monitored by the police. Therefore, the charges laid are an assault to the right of peaceful assembly as enshrined under Article 10 of the Federal Constition. While the recent amendment in 2019 has tried to address the shortcomings of the act; the act, having been amended, are still susceptible to abuse where countless of activists including those from SUARAM were harassed by police investigations whenever a public assembly is called. According to SUARAM’s documentation, there have been no recent charges under Section 9 Notification of assembly under the said act for the year 2020 and 2021. Yet, most assemblies happened during the pandemic era have been conducted in a civil and peaceful manner. Therefore, SUARAM questioned the necessity of these charges and given that the timing of these charges also coincide with the date of an impending general election, SUARAM does wonder whether these charges are applied for political expediency. The charges are only possible in the first place because of the feeble amendments to the Peaceful Assembly Act 2012 in the 2019 during the Pakatan Harapan regime. The act in its present form fails to address long-standing criticism from the civil society; therefore it still remains as a harassment tool subject to abuse from the state. For instance, the recent amendment has shortened the 10 days’ notice to 5 days. While this is an improvement, it does not address the fundamental issue with the 10 days’ notice and the room for spontaneous assemblies. Public rallies are often spontaneous and reacting to current events and it may be impossible or unfeasible for a 5 days’ notice. A notice period is acceptable for pre-planned rallies and gatherings as organisers would have ample time to coordinate themselves and liaise with the police. However, additional provisions must be made available for rallies of spontaneous nature such as the protest of rising prices recently. The curtailment of the right to peaceful assembly in Malaysia certainly does not bode well with the fact that Malaysia remains as a member to the United Nations Human Rights Council. This is all the more concerning when the same Human Rights Council in the recent 50th session had called for the promotion and protection of human rights in the context of peaceful protests. It is imperative that the government should walk the talk by realizing its commitment that they are promising internationally. Therefore, SUARAM calls on the government to retract the charges laid against Lestari Yahya, Aliff Naif and Hasbie Muda and to amend the Peaceful Assembly Act to ensure it is an act that truly facilitates assembly rather than a political tool to stifle dissent.

  • BERNAMA Should Cease All Legal Actions Against Miss Sydney Yap Xi Ni

    [Press Statement] Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) is aware of the recent posting made by Miss Sydney Yap Xi Ni’s Facebook post regarding the working condition as a journalist in BERNAMA and the latter’s impending legal action against Miss Yap for defamation. SUARAM is concern the legal action would create a chilling effect in the whole reporting scene and media environment which may do further damage to the already backsliding free press in Malaysia. SUARAM, therefore, urge BERNAMA to retract all legal actions against Miss Yap and instead focus its attention to address the issues that have been raised by Miss Yap. Some of the issues that Miss Yap has raised in her Facebook post includes the welfare of news reporters, wage cuts, downsizing of the news programme, staff shortages and a bureaucratic hiring process. From a labour point of view, we believe that these are entirely appropriate and legitimate issues to be raised pertaining to worker rights especially when previous effort by Miss Yap to reach out to the President of Bernama, Senator Ras Adiba, was ignored. Furthermore, Miss Yap’s posting has also indicated that she will not be continue working in the media industry, and thus she is merely sharing her personal work experience and comment about the deteriorating media industry in Malaysia. It is common knowledge that working as a reporter and journalist in Malaysia is challenging and has proven to be no easy task. Malaysia’s press freedom performance is still only rank 119 among 180 countries according to Reporters Without Borders. Aside from working in an environment where press freedom is not guaranteed, the Covid-19 pandemic and the recent economic downturn has also pushed the media industry into more perilous state where the welfare of reporters are regularly being cut or not prioritized. It is also time Malaysians must recognise the importance of journalists and reporters where they have been performing the duty of the watchdog to those that wields significant political power. A healthy and independent media industry would effectively allow the public to make informed decisions, hold leader accountable and ensure a diversity of opinions and information. It is with that we hope that the media would continue to listen to the voice of fellow journalists and reporters for they are the one working on the ground and reporting on news to the wider public. SUARAM stands in solidarity with Miss Sydney Yap Xi Ni and once again, urged BERNAMA to retract all legal actions against its departing worker.

  • Serahan Memorandum: Kes Kematian Dalam Tahanan Kim Shih Keat Di Bawah Jagaan Penjara Kluang

    Pada jam 12 tengah hari 4 Ogos 2022, pihak SUARAM bersama-sama dengan ahli keluarga mendiang Kim Shih Keat telah menghantar memorandum kepada Ahli-ahli Parlimen berkenaan kes kematian dalam tahanan ketika berada di bawah jagaan Penjara Kluang. Tujuan memorandum ini dihantar adalah untuk menggesa pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengambil tindakan yang serius dan segera terhadap kes kematian dalam tahanan. Wakil Ahli Parlimen yang turut hadir ketika sidang media termasuk Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor) yang merupakan peguam mewakili keluarga mangsa serta Charles Santiago (Klang), Kasthuri Patto (Batu Kawan), Maria Chin (Petaling Jaya), Boo Cheng Hau (Bekas ADUN Skudai), Chew Chong Sin (ADUN Mengkibol) dan juga Wong Shu Qi (Kluang). Kim telah dijatuhi hukuman tujuh hari penjara dan denda sebanyak RM15,000 serta lesen memandunya digantung selama dua tahun selepas didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 22 Jun lalu. Walau bagaimanapun, pada tarikh yang sepatutnya Kim dibebaskan, ahli keluarganya mendapat panggilan daripada pihak ketiga, bukan daripada pihak penjara atau hospital bahawa Kim telahpun meninggal dunia. SUARAM menerima maklum balas daripada ahli keluarga mendiang Kim dan mendapati hak-hak mereka telah dinafikan. Antaranya adalah hak untuk melawat dan hak untuk mendapatkan maklumat kesihatan Kim ketika di dalam penjara. Mereka tidak dimaklumkan tentang masalah kesihatan yang dihadapi oleh mendiang Kim dalam tempoh masa terdekat. Maklumat berkenaan kematian Kim diterima melalui pihak ketiga, dan bukannya daripada pihak Penjara Kluang dan hospital. Ini adalah satu keganjilan dan tidak mengikut prosedur yang betul. Ahli keluarga Kim mahu mengetahui apa yang berlaku dalam tempoh 7 hari tersebut sama ada terdapat kecuaian atau salah laku. Pihak Penjara Kluang perlu telus kerana sekiranya tidak, ia memberi ruang kepada seseorang untuk mengubah bukti dan mencemarkan tempat kejadian. SUARAM memandang serius terhadap isu kematian di dalam tahanan, sama ada ia disebabkan salahguna kuasa, kecuaian mahupun kesihatan. Kami berpendapat bahawa kebajikan tahanan sewaktu ditahan adalah tanggungjawab penuh pihak berwajib yang menahan mereka, ini bertepatan dengan undang-undang Malaysia mahupun antarabangsa. Berikut merupakan tuntutan yang dibawa: 1. Pihak bertanggungjawab menyerahkan dokumen berkaitan seperti laporan bedah siasat dan laporan toksikologi kepada ahli keluarga Kim Shih Keat dan wakil peguam dengan serta-merta. 2. KDN harus berjumpa NGO hak asasi manusia dan juga pemegang taruh yang lain untuk bekerjasama mencari jalan terbaik menyelesaikan kematian dalam tahanan kerana apa yang dilakukan sekarang jelas tidak mengurangkan kematian dalam tahahan, malah bilangan kes semakin bertambah. 3. Pendakwa raya menggunakan kuasa beliau di bawah Seksyen 339 Kanun Tatacara Jenayah untuk mengarahkan koroner menjalankan siasatan ke atas kematian dalam tahanan. Manakala, koroner perlu menjalankan prosiding inkues dengan segera mengikut Seksyen 334 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593). 4. Kerajaan dan pihak berkaitan perlu memberi sokongan dan pampasan yang sewajarnya kepada ahli keluarga dalam bentuk kewangan serta kaunseling, bagi membantu mereka mengharungi cabaran ini. 5. Kerajaan menggubal Akta Mahkamah Koroner bagi memperkukuhkan peranan koroner dan memastikan badan koroner bebas seperti mana di United Kingdom yang termaktub di Coroners and Justice Act 2009. Tonton sidang media di Parlimen: https://youtu.be/0rzGAhwd4EQ Serahan memorandum juga turut dilakukan kepada pihak Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Dalam Negeri.

  • MEMORANDUM KEPADA AHLI PARLIMEN MALAYSIA, TOLAK SUBSEKSYEN 4(5), SOSMA

    25 Julai 2022 PENDAHULUAN Pada 23 Mac 2022, usul bagi melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) gagal mendapat sokongan yang mencukupi di Dewan Rakyat. Seksyen 4(5) SOSMA memperuntukan: (5) Walau apa pun subseksyen (4), seorang pegawai polis yang berpangkat Penguasa Polis atau berpangkat lebih tinggi daripada Penguasa Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih daripada dua puluh lapan hari, bagi maksud penyiasatan. Tanpa peruntukan di atas, para tahanan tidak lagi boleh dikenakan tempoh tahanan 28 hari selepas tangkapan dengan hanya mendapatkan kelulusan pegawai polis. Justeru, setiap tahanan di bawah SOSMA, boleh dikenakan tahanan reman menurut prosedur yang termaktub sedia ada di dalam akta yang lain seperti di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) iaitu, penahanan di lokap tidak melebihi tempoh 24 jam bagi tujuan siasatan dan jika penyiasatan tidak boleh diselesaikan dalam tempoh 24 jam, pihak polis perlu membawa tahanan ke hadapan majistret bagi memohon lanjutan tempoh reman sehingga ke 14 hari sahaja. Diingatkan bahawa SOSMA hanyalah undang-undang prosedur bagi tujuan siasatan. Penahanan 28 hari tersebut adalah bagi tujuan siasatan bukan untuk melindungi keselamatan negara. Malah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dalam kenyataan mereka pada 23 Mac 2022 yang lalu bahawa, PDRM akan menggunakan peruntukan di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa seperti KPJ untuk melaksanakan penahanan melalui proses reman di mahkamah. PDRM kekal komited bagi menjalankan siasatan sebaik mungkin, dengan menggunakan akta-akta sedia ada yang masih berkuatkuasa. Ini bermakna akta sedia ada sudah mencukupi. Diingatkan bahawa SOSMA hanyalah undang-undang prosedur bagi tujuan siasatan. Penahanan 28 hari tersebut adalah bagi tujuan siasatan bukan untuk melindungi keselamatan negara. Malah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dalam kenyataan mereka pada 23 Mac 2022 yang lalu bahawa, PDRM akan menggunakan peruntukan di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa seperti KPJ untuk melaksanakan penahanan melalui proses reman di mahkamah. PDRM kekal komited bagi menjalankan siasatan sebaik mungkin, dengan menggunakan akta-akta sedia ada yang masih berkuatkuasa. Ini bermakna akta sedia ada sudah mencukupi. PERMASALAHAN PENAHANAN SELAMA 28 HARI SUARAM membantah tangkapan di bawah SOSMA kerana undang-undang ini jelas bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia dan juga Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa (UDHR) 1948. 1. Salah-faham mengenai SOSMA SOSMA ialah undang-undang prosedur yang beroperasi menggantikan KPJ dalam proses siasatan seseorang individu kerana disyaki melakukan kesalahan keselamatan dalam negeri yang diterangkan di bawah Bab VI (terhadap Negara), VI A (berkaitan dengan keganasan) dan VI B (jenayah terancang) Kanun Keseksaan; Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM); dan Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Negara Asing 2015. Dalam erti kata lain, sudah ada Akta yang sedia ada untuk menangani keganasan dan kesalahan berkaitan jenayah terancang dan bukannya SOSMA. Apa yang membezakan SOSMA daripada akta-akta ini adalah bahawa kuasa reman yang memberikan polis kuasa yang tidak terkawal untuk menangkap dan menahan seseorang individu tanpa pengawasan kehakiman. Di bawah SOSMA, seseorang individu boleh ditahan sehingga 28 hari tanpa sebarang kebenaran kehakiman dan boleh dinafikan sebarang akses kepada peguam dan keluarga sehingga 48 jam. 2. Salahguna Kuasa Tahap kecekapan pihak polis diragui berikutan mengambil masa yang lama dalam melakukan penyiasatan. Pihak berkuasa sepatutnya melakukan siasatan lebih awal (sebelum reman) kerana polis mempunyai mekanisme membuat siasatan. Pihak Polis tidak perlu menggunakan SOSMA sekiranya benar pihak Polis sudah memiliki bukti kukuh untuk mensabitkan semua yang ditangkap dengan aktiviti militan. Sekiranya benar ada bukti kukuh, pihak Polis boleh menahan semua yang disyaki menggunakan KPJ dan segera mendakwa mereka di mahkamah. Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan yang disiarkan Utusan Online bertarikh 2 Mei mengatakan Polis memiliki bukti kukuh hasil maklumat risikan yang menunjukkan kesemua yang ditahan terlibat dengan kegiatan militan. 3. Perbicaraan SOSMA Yang Berat Sebelah Perbicaraan di bawah SOSMA yang jelas tidak adil bagi mereka yang dituduh. Perbicaraan di bawah SOSMA memberi kelebihan kepada pihak pendakwa raya. Sebagai contohnya seksyen 14 SOSMA memberi kebenaran kepada pihak pendakwa raya untuk melindungi identiti saksi pendakwa daripada diketahui oleh tertuduh termasuk peguambela. Perkara ini menyebabkan wujudnya kemungkinan saksi palsu yang diadakan bagi memberi kelebihan kepada pihak pendakwa raya. Semasa penahanan dalam tempoh 28 hari tersebut, pengakuan dan Kenyataan 18A SOSMA diambil akan menyebabkan ketidakadilan kepada suspek kerana diragui sama ada pengakuan yang dibuat adalah secara sukarela tanpa paksaan. Juga, suspek tidak boleh dijamin dan akan ditahan reman sehingga selesai proses mahkamah. Penahanan di bawah SOSMA bukan hanya dalam tempoh 28 hari tersebut sahaja. SOSMA menafikan hak untuk tertuduh bagi kesalahan keselamatan untuk diikat jamin. SOSMA juga memberi kuasa kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk hanya membuat permohonan secara lisan di mahkamah supaya tertuduh yang telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan di Mahkamah Tinggi untuk direman sementara proses rayuan oleh pihak pendakwaan, daripada di Mahkamah Rayuan sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan. 4. Penyalahgunaan akta bagi kes-kes yang lain SUARAM sentiasa memantau dan mendokumentasikan kes salah guna kuasa di bawah SOSMA oleh pihak polis. Kerajaan telah kerap menggunakan SOSMA bagi kesalahan yang tidak semestinya tertakluk di bawah bidang kuasa Akta. Pada November 2020, Lim Kian Aik dan R. Nathan telah ditahan di bawah SOSMA kerana didakwa mensabotaj perkhidmatan air di Selangor. Kerajaan mewajarkan penggunaan SOSMA dengan merangka kesalahan di bawah Bab VI (Kesalahan terhadap negara), namun Mahkamah Rayuan kemudiannya memutuskan bahawa mensabotaj perkhidmatan air bukanlah satu kesalahan keselamatan yang boleh diklasifikasikan di bawah SOSMA dan memerintahkan supaya pertuduhan terhadap tertuduh dibuat serta merta. Begitu juga, bekas Perdana Menteri Najib Razak baru-baru ini juga menggesa mereka yang menyalahgunakan minyak masak bersubsidi itu ditahan di bawah SOSMA. Oleh itu, SOSMA sentiasa terdedah untuk menyimpang daripada niatnya untuk menangani kesalahan keselamatan dan membawa kepada penyalahgunaan terutamanya apabila kerajaan dan polis mahukan lebih kuasa untuk memerangi jenayah tertentu. Walaupun kerajaan secara konsisten menolak peruntukan di bawah SOSMA yang menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata kerana fahaman atau aktiviti politik mereka, namun SOSMA telah digunakan berkali-kali untuk menahan penentang terhadap kerajaan seperti Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang, Maria Chin, G Saminathan dan P. Gunasekaran. Tambahan pula, pengumuman Menteri Dalam Negeri baru-baru ini bahawa SOSMA boleh digunakan untuk menghalang kebebasan bersuara atas nama melindungi ketenteraman awam mengukuhkan tanggapan bahawa SOSMA dilihat oleh pihak berkuasa sebagai undang-undang untuk tujuan politik dan bukannya perkara keselamatan. 5. Rantaian pembuktian boleh terjejas Salah satu hujah menyokong SOSMA ialah penahanan 28 hari paling penting bagi polis untuk mendapatkan dan memelihara bukti sensitif berkaitan kesalahan keselamatan tanpa diganggu gugat oleh pesalah. Bagaimanapun, mengikut angka yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri sendiri, 3,717 individu telah ditangkap di bawah SOSMA dari 2016 hingga 2022 manakala 126 didakwa di bawah kesalahan keganasan dan 552 didakwa di bawah kesalahan pemerdagangan. Ini bermakna terdapat hanya kurang daripada 20% tahanan SOSMA yang didakwa di bawah kesalahan keselamatan. Jika pemeliharaan dan pemerolehan bukti adalah sangat penting dalam tempoh 28 hari penahanan, maka mengapa terdapat lebih 80% tangkapan di bawah SOSMA tidak didakwa di mahkamah? 6. Masalah Jenayah Terancang yang Semakin Meningkat Kelaziman jenayah terancang dan kesalahan pemerdagangan manusia yang berterusan baru-baru ini di Malaysia menunjukkan bahawa SOSMA tidak mencapai tujuan yang dimaksudkan untuk menangani kesalahan keselamatan. Malah, terdapat hujah balas bahawa penahanan tanpa bicara dalam SOSMA sebenarnya telah menghalang pesalah yang didakwa daripada bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani kesalahan ini. Selepas bertahun-tahun menyembunyikan diri daripada pihak berkuasa, Nicky Liow telah memilih untuk menyerahkan dirinya kepada pihak berkuasa atas dakwaan kesalahan pengubahan wang haramnya. Peguam Nicky liow, Rajpal Singh memaklumkan kepada orang ramai bahawa anak guamnya telah memilih untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa selepas usul untuk melanjutkan seksyen 4(5) SOSMA telah ditolak di Parlimen. KES – KES CONTOH PERMASALAHAN SOSMA 1. Menggunakannya kepada Aktivis Hak Asasi Manusia. Maria Chin Abdullah - Ditahan pada tahun 2016 di bawah selama sebelas hari. Pada waktu itu beliau masih bekerja di dalam masyarkat sivil dan mahukan sistem pilihanraya yang mengikut piawaian antarabangsa namun menjadi mangsa kerakusan dan kezaliman kerajaan pada masa itu sebagai satu ugutan dan ancaman. 2. Menggunakannya kepada Mereka Mengangkat Isu Rasuah. Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang - Ditahan kerana pendedahan yang dibuat oleh beliau ketika itu berkenaan dengan 1MDB. Turut ditahan peguam yang mewakili beliau sewaktu itu. 3. Menggunakannya kepada Ahli Politik. G Saminathan dan P. Gunasekaran - Pada tahun 2019, 12 orang telah ditahan dimana empat daripanya adalah daripada DAP atas tuduhan penglibatan dalam LTTE. 4. Permasalahan dalam pendefinisian pengganas Jusninawati Abdul Ghani - Ditahan pada tahun 2015 dan didapati bersalah di bawah seksyen 130M Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 7 tahun penjara. Pada tahun 2019 Mahkamah Persekutuan telah membenarkan rayuan beliau dan beliau telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan. Jusninawati adalah seorang anggota polis dan ibu tunggal kepada dua orang anak. Muhammad Zulkifli - Ditahan di bawah SOSMA pada tahun 2018 atas tuduhan menyalurkan dana sebanyak RM200 kepada kenalan beliau untuk tujuan keganasan. Beliau hanya mengetahui bahawa kenalan tersebut telah diwartakan sebagai pengganas setelah ditahan oleh pihak polis. Beliau juga telah didera secara fizikal dan emosi dalam tempoh 28 hari penahanan. Semasa ditahan, rakaman percakapan di bawah s.18A SOSMA telah diambil dan ia telah digunakan sebagai keterangan di mahkamah. 5. SOSMA dikenakan terhadap pesalah muda Prakash Rao - Ditahan sewaktu 2019 disaat beliau berumur 18 tahun semasa di tahan di bawah SOSMA iaitu sewaktu pandemik. Namun, hanya selepas 2 tahun di dalam penjara Suaram mendapati beliau ditahan dibawah SOSMA, sewaktu itu beliau sudah berumur 20 tahun. Kami mendapat maklumat tentang kes ini semasa tersebarnya isu penyeksaan tahanan di Penjara Sungai Udangseramai 21 orang. Diantaranya adalah beliau sendiri. 6. Permasalahan Jaminan Azmi Jalani - Ditahan di bawah SOSMA pada tahun 2015. Didapati tidak bersalah di Mahkamah Tinggi pada tahun 2017. 2019 Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman 8 tahun. Seterusnya Mahkamah Persekutuan menambah hukuman penjara daripada 8 kepada 12 tahun TUNTUTAN 1. SUARAM mencadangkan agar pihak kerajaan membantah usul ini dah tidak menyambungnya untuk lagi lima (5) tahun kehadapan. 2. Sebaliknya, SUARAM mencadangkan agar pihak kerjaan memberikan fokus kepada penambahbaikan cara siasatan semua pihak termasuklah pihak polis, badan kehakiman dan lain-lain supaya setiap siasatan mampu menjadi lebih efisien dalam menangani sesebuah kes. 3. SUARAM mencadangkan agar keseluruhan peruntukan SOSMA diperhalusi semula dengan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang pernah diadakan sewaktu pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan terdahulu. PENUTUP SUARAM mengharapkan memorandum ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada semua pihak seterus menghasilkan satu resolusi bersepadu bagi memastikan isu keselamatan negara dapat ditangani dengan lebih berkesan serta dalam masa yang sama Prinsip Hak Asasi Manusia sentiasa dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak khususnya pihak-pihak yang berautoriti. Sekian.

  • ALL MPs SHOULD RESPECT THE WILL OF PARLIAMENT & REJECT THE REACTIVATION OF SECTION 4(5) OF SOSMA

    PRESS RELEASE 20th July 2022 It is unusual and unparliamentary for the same minister who has his governmental motion or bill defeated and only for him to immediately retable it in the next parliamentary session. On 23rd March, parliament has made it clear that it has disagreed with what the Home Minister has proposed by voting to not extend the power of the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA) to detain an individual without trial for not more than 28 days. Therefore, we are disappointed that the motion to reactivate SOSMA’s pretrial detention was scheduled for a debate and vote on 20th July 2022 even though the matter has been decided during the previous session. Therefore, in the spirit of respecting the will of parliament and in the name of the right to a fair trial, SUARAM would like to urge all MPs, both from both the government and opposition, to vote against the motion to extend section 4(5) of SOSMA. SUARAM maintains that SOSMA which allows detention without trial should be abolished entirely because it severely undermines the principles of the right to fair trial as enshrined in Malaysia’s federal constitution. To recap, SOSMA is a procedural law that operates in lieu of the Criminal Procedure Code (CPC) when an individual is detained for suspected internal security offences described under Chapters VI (against the State), VI A (terrorism-related) and VI B (organised crime) of the Penal Code; the Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 (ATIPSOM); and the Special Measures Against Terrorism in Foreign Countries Act 2015. In other words, SOSMA’s 28 days detention without trial would only be applicable to these aforementioned offences. After the motion was defeated in March, the Royal Malaysian Police has swiftly released a statement accepting the fact that SOSMA would not be used beyond its expiry date on 31st July 2022. Instead, the CPC and other relevant acts would be used for any potential arrest, detention and investigation pertaining to these security offences that falls under the purview of SOSMA. The statement, therefore, has revealed that Malaysia’s very own Criminal Procedure Code is sufficient and equipped for the police to address these security offences, without the need of a repressive SOSMA. Instead of using SOSMA which not only allows 28 days of pretrial detention, limited access to legal counsel and strict bail conditions, we are of the view that the Criminal Procedure Code is a better safeguard against any potential abuse of power while also granting the police sufficient power to act on security offences. Parliamentarians also should take into account that this was a government motion that was previously defeated and the matter should only be brought to parliament again either the motion has been amended significantly to take into account of the previous defeat or brought forward by a different home minister or government. Since there are only 12 working days for this parliamentary session, the time to debate legislation should be better spent on those bills such as the anti-sexual harassment and anti-hopping bill, that has not been voted on in Parliament yet. The re-tabling of the SOSMA motion would only create the practice that the government would just keep tabling its defeated motion until the parliament wills it. Therefore, the time for other parliamentary businesses would be reduced because of a motion that has been decided previously and this may hamper the whole legislature procedure. It is for these reasons that SUARAM would like to urge all the sitting MPs to vote against the reactivation of section 4(5) of SOSMA.

bottom of page