top of page

Search Results

Search this site

126 results found with an empty search

  • Drop Section 353 Probe Against Arul

    *The Malay translation of this statement is available below, following the English version. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) condemns the use of Section 353 of the Penal Code to investigate Parti Sosialis Malaysia (PSM) Deputy Chairperson S. Arutchelvan over a peaceful assembly involving more than 500 estate workers to meet policymakers to submit the proposed Estate Workers Housing Scheme Act outside Parliament on 13 August 2025. The use of Section 353—criminal force or assault to deter a public servant from performing their duties—is grossly disproportionate, given that police were actively blocking peaceful protesters from approaching Parliament. Under the current Madani administration, at least four peaceful assemblies have been investigated under Section 186 of the Penal Code for obstruction of public servants. The invocation of Section 353 marks a troubling escalation—shifting blame onto citizens exercising their constitutional right to peaceful assembly, while failing to hold police accountable for their failure to facilitate the protest effectively. Public assemblies outside Parliament long predate the Peaceful Assembly Act and have been part of Malaysia’s democratic tradition. Public roads and spaces—especially just outside the Parliament gates—must remain accessible for protest, particularly during sitting periods. Yet despite over a decade of managing assemblies under the PAA, the police have, since 2020, increasingly pushed protesters further away from Parliament gates to the base of the hill—undermining the core purpose of peaceful assembly: to deliver public demands directly to elected representatives. SUARAM therefore urges the police to immediately drop the investigation against S. Arutchelvan and cease all forms of intimidation against peaceful protesters. We also call on the Home Ministry to review police protocols and ensure that all officers adopt a facilitative, rights-based approach to managing assemblies — including at high-security locations such as Parliament. Amidst ongoing amendments to the Peaceful Assembly Act, the Madani government must ensure that assembly policing practices reflect—not undermine its stated commitment to reform. In solidarity, Azura Nasron Executive Director of SUARAM --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- SUARAM: HENTIKAN SIASATAN SEKSYEN 353 TERHADAP ARUL Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengecam penggunaan Seksyen 353 Kanun Keseksaan untuk menyiasat Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan, berhubung perhimpunan aman yang melibatkan lebih daripada 500 pekerja estet bagi bertemu dengan ahli parlimen untuk menyerahkan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Skim Perumahan Pekerja Estet di hadapan Parlimen pada 13 Ogos 2025. Penggunaan Seksyen 353 iaitu kekerasan jenayah bagi menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas adalah sama sekali tidak adil, memandangkan pihak polis secara aktif menghalang para peserta perhimpunan aman daripada menghampiri Parlimen. Di bawah kerajaan Madani ketika ini, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman telah disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas dakwaan menghalang penjawat awam. Penggunaan Seksyen 353 menandakan permasalahan lain iaitu mengalihkan kesalahan kepada orang awam yang menggunakan hak mereka untuk berhimpun secara aman di samping kegagalan untuk meletakkan akauntabiliti pihak polis atas kegagalan untuk mengendalikan perhimpunan secara efektif.   Perhimpunan melibatkan orang awam di luar Parlimen telah lama wujud sebelum Akta Perhimpunan Aman (APA) dan telah menjadi sebahagian daripada tradisi demokrasi Malaysia. Jalan raya dan ruang awam terutamanya kawasan di luar pintu pagar Parlimen mesti kekal dibuka sebagai akses untuk tujuan protes, khususnya ketika sidang Parlimen berlangsung bagi memudahkan urusan perjumpaan bersama menteri sebagai contoh untuk penyerahan memorandum dan lain-lain. Namun, meskipun lebih sedekad menguruskan perhimpunan di bawah APA, pihak polis sejak tahun 2020 semakin kerap menolak serta menyekat peserta protes lebih jauh dari pintu pagar Parlimen ke kaki bukit, ini sekali gus menjejaskan tujuan utama perhimpunan aman: menyampaikan tuntutan rakyat secara langsung kepada wakil rakyat. Sehubungan itu, SUARAM menggesa pihak polis untuk segera menghentikan siasatan terhadap S. Arutchelvan dan segala bentuk intimidasi terhadap peserta perhimpunan aman. Kami juga menyeru Kementerian Dalam Negeri untuk mengkaji semula protokol polis dan memastikan semua pegawai mengamalkan pendekatan berasaskan hak asasi dalam mengendalikan perhimpunan termasuk di lokasi yang mempunyai kawalan keselamatan tinggi seperti Parlimen. Di tengah proses pindaan APA, Kerajaan Madani harus mengukuhkan pengurusan perhimpunan selari dengan perlembagaan, dan tidak menjejaskan komitmen reformasi yang diikrarkan. Dalam solidariti, Azura Nasron Pengarah Eksekutif SUARAM

  • SUHAKAM Must Lodge Police Report on Prison Officers' False Testimonies Now!

    *The Malay translation of this statement is available below, following the English version. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) is gravely concerned by the Human Rights Commission of Malaysia’s (SUHAKAM) hesitation to lodge police reports against prison officers who have lied under oath during SUHAKAM’s ongoing public inquiry into the 17 January assault at Taiping Prison this year. SUARAM has observed that several staff from Taiping Prison who have testified thus far began by denying under oath any involvement in hitting and/or kicking detainees. These denials were flatly contradicted by CCTV recordings shown during the inquiry. When shown the recordings, only some officers admitted to their actions - after repeated warnings from the inquiry panel that they were under oath. Others continued to downplay their conduct using euphemistic terms such as “ sentuh ”, or by citing intent such as “ menakut-nakutkan ”. For some, this is not the first instance of false testimony: their sworn statements to SUHAKAM in March 2025 similarly omitted or denied any involvement, despite evidence to the contrary. In Wednesday’s (5 August 2025) proceedings, family counsel Shashi Devan made an urgent and justified call for SUHAKAM to act. He emphasised that delaying action until the inquiry concludes will send the wrong message to witnesses who are yet to testify. SUARAM agrees. Repeated breaches of the oath should not be allowed to accumulate unchecked. Each dishonest testimony risks obscuring case details that are not visible in the CCTV recordings, which lack audio. Such details are essential for SUHAKAM to establish a complete picture of the events, institutional dynamics and underlying causes necessary for credible findings and effective reform recommendations. The argument that lodging a police report would create an “investigation within an investigation” is also misplaced. A police report does not interfere with SUHAKAM’s inquiry—since the inquiry focuses on uncovering systemic failures through the assault in Taiping Prison and recommending critical prison reforms, while a police investigation of a report focuses on specific violations of the law. We maintain that by acting against false testimony, SUHAKAM will be safeguarding the integrity of the inquiry. To illustrate the extent and seriousness of this issue, we provide two examples. Firstly, on Day 11 of the inquiry, prison officer Raja Masuri bin Mansor repeatedly denied using his phone to record the assault, despite CCTV footage clearly showing that he did: no further evidence is required to prove that he was lying, since no one has questioned the veracity of the CCTV recording. We note that although four weeks have passed since Masuri testified,  SUHAKAM has not recovered the phone he used. Secondly, there was a striking similarity in the testimonies of all five officers in Week 4 of the inquiry. All the officers cited utterances of profanities, and death or rape threats by detainees as the reason why they “lost it.” and thrashed the detainees. These near-verbatim patterns raise serious concerns of coaching or collusion. We note that there is sworn evidence that they had met together in a room to watch the recordings before they came to testify. The inquiry panel, conducting officers and observers have had to spend much time and effort establishing truths that should have been voluntarily disclosed. Yesterday’s (7 August 2025) testimony by Khairol Azmeer Ibrahim underscores this. He was later recalled for further questioning on key inconsistencies, including his purported knowledge of deceased detainee Gan Chin Eng’s history of heart problems and whether he had met other Taiping Prison officers while lodging the police report on Gan’s death. In the face of such protracted attempts to untangle misleading accounts, SUHAKAM’s continued inaction is untenable. If SUHAKAM fails to act now despite what appears to us glaring evidence of false testimony, it risks setting a damaging precedent for its future inquiries it holds—and by extension, dents the independence, effectiveness and integrity of its human rights protection mandate as an A-status national human rights institution. SUARAM therefore calls on SUHAKAM to immediately lodge a police report to commence an independent investigation into the pattern of false and misleading testimony observed during the inquiry. If SUHAKAM is to play a serious role in holding enforcement authorities accountable, it must demonstrate that its processes cannot be manipulated. Delaying action only sends the wrong signal about institutional tolerance for false testimony under oath and weakens public confidence in the inquiry’s outcome. In solidarity, Azura Nasron Executive Director of SUARAM --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- SUHAKAM PERLU BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KETERANGAN PALSU OLEH PEGAWAI PENJARA SEGERA Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) berasa bimbang terhadap keberatan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk membuat laporan polis terhadap pegawai penjara yang tidak bercakap benar di bawah sumpah dalam Inkuiri Awam SUHAKAM berhubung insiden serangan di Penjara Taiping pada 17 Januari lalu. Berdasarkan pemerhatian SUARAM, beberapa kakitangan Penjara Taiping yang telah memberikan keterangan setakat ini memulakan testimoni mereka dengan penafian (walaupun telah mengangkat sumpah) bahawa sebarang penglibatan dalam memukul dan/atau menendang tahanan.  Apabila rakaman ditayangkan, hanya sebahagian pegawai yang akhirnya mengakui perbuatan mereka, setelah berulang kali diingatkan oleh panel inkuiri bahawa mereka berada di bawah sumpah. Pegawai penjara yang lain juga berterusan meremehkan perbuatan mereka dengan menggunakan istilah berlapik-lapik seperti  “sentuh”  atau dengan memberi alasan niat seperti “menakut-nakutkan” .  Bagi sesetengah pegawai, ini bukan kali pertama mereka memberikan keterangan palsu: kenyataan bersumpah mereka kepada SUHAKAM pada Mac 2025 juga tidak menyebut atau menafikan sebarang penglibatan, walaupun wujud bukti yang bercanggah. Dalam prosiding 5 Ogos (Rabu), peguam kepada keluarga, Shashi Devan telah membuat gesaan kepada pihak SUHAKAM untuk mengambil tindakan. Beliau menegaskan bahawa menangguhkan tindakan sehingga inkuiri selesai akan memberikan isyarat yang salah kepada saksi yang masih belum memberi keterangan. SUARAM bersetuju.  Pelanggaran sumpah secara berulang tidak sepatutnya dibiarkan berlarutan tanpa tindakan.  Setiap keterangan yang tidak jujur berisiko menutup butiran kes yang tidak kelihatan dalam rakaman CCTV, yang tidak mempunyai audio. Butiran seperti ini penting untuk membolehkan SUHAKAM mendapatkan gambaran penuh berhubung kejadian, dinamik institusi dan punca asas yang diperlukan bagi menghasilkan dapatan yang berwibawa serta cadangan pembaharuan yang berkesan. Hujah bahawa membuat laporan polis akan mewujudkan “siasatan dalam siasatan” juga adalah tidak tepat. Laporan polis tidak akan mengganggu inkuiri SUHAKAM—kerana inkuiri memberi tumpuan untuk mengenal pasti kegagalan sistemik melalui insiden serangan di Penjara Taiping dan mengesyorkan pembaharuan penjara yang kritikal, manakala siasatan polis terhadap laporan tertumpu kepada pelanggaran undang-undang secara khusus. Kami berpendirian bahawa dengan mengambil tindakan terhadap keterangan palsu, SUHAKAM akan mempertahankan integriti inkuiri tersebut. Bagi menggambarkan tahap dan keseriusan isu ini, kami kemukakan dua contoh. Pertama, pada hari ke-11 inkuiri, pegawai penjara Raja Masuri bin Mansor berulang kali menafikan menggunakan telefonnya untuk merakam serangan, walaupun rakaman CCTV jelas menunjukkan beliau berbuat demikian: tiada bukti tambahan diperlukan untuk membuktikan beliau berbohong memandangkan tiada sesiapa yang mempertikaikan ketulenan rakaman CCTV tersebut. Kami juga mengambil maklum bahawa walaupun empat minggu telah berlalu sejak Masuri memberi keterangan, SUHAKAM masih belum mendapatkan telefon yang digunakan beliau. Kedua, terdapat persamaan yang ketara dalam keterangan kelima-lima pegawai pada minggu ke-4 inkuiri. Semua pegawai memberi alasan kononnya tahanan mengeluarkan kata-kata kesat serta ugutan bunuh atau rogol sebagai sebab mereka “hilang sabar” dan memukul tahanan tersebut. Pola keterangan yang hampir sama ini menimbulkan kebimbangan serius tentang kemungkinan wujudnya latihan atau pakatan. Kami juga mengambil maklum bahawa terdapat keterangan bersumpah bahawa mereka telah berkumpul dalam sebuah bilik untuk menonton rakaman sebelum memberi keterangan. Panel inkuiri, pegawai pengendali dan pemerhati terpaksa menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk mendapatkan kebenaran yang sepatutnya didedahkan secara sukarela. Keterangan semalam (7 Ogos 2025) oleh Khairol Azmeer Ibrahim menguatkan perkara ini. Beliau kemudiannya dipanggil semula untuk ditanya lebih lanjut berhubung percanggahan utama, termasuk dakwaannya mengetahui sejarah kesihatan - masalah jantung tahanan yang telah meninggal dunia, Gan Chin Eng dan sama ada beliau telah bertemu pegawai Penjara Taiping lain ketika membuat laporan polis mengenai kematian Gan. Dalam menghadapi usaha yang begitu panjang untuk menyelesaikan keterangan yang mengelirukan, kegagalan SUHAKAM untuk bertindak adalah tidak dapat diterima. Sekiranya SUHAKAM gagal bertindak sekarang walaupun terdapat bukti yang jelas mengenai keterangan palsu, ia berisiko mewujudkan duluan yang buruk untuk inkuiri-inkuiri pada masa akan datang—dan seterusnya menjejaskan kebebasan, keberkesanan serta integriti mandat perlindungan hak asasi manusia SUHAKAM sebagai institusi hak asasi manusia kebangsaan berstatus A. Oleh itu, SUARAM menggesa SUHAKAM untuk segera membuat laporan polis bagi memulakan siasatan bebas terhadap pola keterangan palsu dan mengelirukan yang diperhatikan sepanjang inkuiri. Sekiranya SUHAKAM mahu memainkan peranan serius dalam memastikan pihak berkuasa penguatkuasaan bertanggungjawab, ia mesti menunjukkan bahawa prosesnya tidak boleh dimanipulasi. Penangguhan tindakan hanya akan menghantar isyarat yang salah mengenai toleransi institusi terhadap keterangan palsu di bawah sumpah dan melemahkan keyakinan awam terhadap hasil inkuiri tersebut. Dalam solidariti Azura Nasron Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia

  • [Joint Statement] Let the People Be Heard: Police Must Facilitate, Not Block, Access to Parliament

    *The Malay translation of this statement is available below, following the English version. Sekretariat Himpun and the undersigned organisations condemn the obstruction by the police against peaceful protesters outside Parliament today as they submitted memoranda on the amendments to the Peaceful Assembly Act and the repeal of the Sedition Act. The right to peaceful assembly is enshrined under Article 10 of the Federal Constitution. Obstruction and disproportionate police response—especially when protesters are seeking to deliver human rights-centred legal reforms to the Members of Parliament (MPs) undermine democratic freedoms and public trust in state institutions. This morning, protesters were met with a heavy police presence consisting of over 60 officers, including members of the Light Strike Force (LSF). A human barricade was set up less than a hundred metres from the Parliament gates, preventing participants from proceeding any further. Despite the peaceful nature of the assembly and the protesters’ clear intent to submit memoranda, police refused to permit passage. No clear explanation was provided other than Parliament was a “prohibited area”.  Prior to the COVID-19 pandemic, peaceful assemblies were permitted to take place past the Parliament gates to submit memoranda. Since then, access has been arbitrarily curtailed, with protestors confined to the public road outside Parliament grounds, undermining the democratic function of assemblies.  As asserted by the United Nations Special Rapporteur on Freedom of Assembly, protests include the right to demonstrate “within sight and sound” of the intended audience. This is a key democratic function of protest - bringing public demands directly to those in power.  Further, authorities have a duty to facilitate these assemblies at the designated location. In this instance, the police not only failed to facilitate the event but also made the space unavailable for organisers and participants due to a heavy police presence. As a result of the obstruction, MPs and/or their representatives had to leave the Parliament compound to receive the memoranda directly.  Even where restrictions are in place, they must be weighed against Malaysia’s constitutional guarantees and internationally recognised principles of necessity and proportionality. Blanket prohibitions on presence in Parliament fall short of these standards and send the wrong message—that public input must remain at the margins rather than at the heart of decision-making.  The sheer scale and posture of the police presence, including the deployment of the LSF—reflected a presumption that protest is inherently disruptive rather than democratic. This is especially troubling given the absence of any threat to public order. The intimidating display of force can chill civic engagement and erode confidence in the police as facilitators of the constitutional right of Malaysians to peacefully assemble, frustrating those who seek to peacefully protest. Notably as well, negotiations were ongoing between organisers and the police just behind the barricade when a female protester—part of the negotiation team—was pushed by a female officer, reportedly following vague instructions from a male commanding officer. Sekretariat Himpun unequivocally affirms and defends the right to peacefully assemble to demand justice and reform. No one should face any form of intimidation or obstruction for exercising their constitutional rights. We call for:  The immediate reinstatement of meaningful public access to Parliament, including clear, reasonable protocols for assemblies to approach Parliament for memorandum handovers in line with international human rights standards; Commitment by the Home Ministry to ensure that upcoming amendments to the Peaceful Assembly Act include a comprehensive review of all sections that impose restrictions on assemblies in line with international human rights standards;  Improved police training that focuses on managing peaceful assemblies in a facilitative, rights-based approach, and emphasises restraint in the deployment and use of force.  Endorsed by: 1. Mandiri 2. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) 3. Bersih 4. Centre for Independent Journalism (CIJ) 5. Federasi Pemuda Kebangsaan 6. Liga Mahasiswa Malaysia 7. Mahasiswa Demokratik Malaysia 8. Gerakan Perempuan Melawan 9. Justice For Sisters 10. Amnesty International Malaysia 11. Center To Combat Corruption & Cronyism (C4 Center) 12. Pro-Siswa Kolej Komuniti Malaysia Photo by: Mandiri --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Suara Rakyat Wajib Didengari: Polis Harus Memudahkan, Bukan Menghalang, Akses Ke Parlimen Sekretariat Himpun bersama organisasi yang menandatangani kenyataan ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang menghalang peserta protes aman di luar Parlimen hari ini semasa penyerahan memorandum berkaitan pindaan Akta Perhimpunan Aman dan pemansuhan Akta Hasutan. Hak berhimpun secara aman dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Tindakan menghalang dan tindak balas polis yang tidak seimbang—lebih-lebih lagi apabila peserta protes membawa tuntutan reformasi undang-undang berteraskan hak asasi manusia kepada Ahli Parlimen—telah mencabul kebebasan demokratik dan menghakis kepercayaan awam terhadap institusi negara. Pada pagi ini, peserta protes telah dihalang oleh kehadiran lebih 60 anggota polis, termasuk Pasukan Light Strike Force (LSF). Satu barisan manusia (human chain) dibentuk kurang 100 meter dari pintu pagar Parlimen, menghalang peserta daripada mara lebih jauh. Walaupun perhimpunan berlangsung secara aman dan tujuan peserta jelas untuk menyerahkan memorandum, pihak polis tetap enggan memberi laluan. Tiada penjelasan munasabah diberikan selain dakwaan bahawa Parlimen ialah “kawasan larangan”. Sebelum pandemik COVID-19, perhimpunan aman dibenarkan melepasi pintu pagar Parlimen untuk penyerahan memorandum. Namun sejak itu, akses telah dihadkan secara sewenang-wenangnya, dan peserta protes kini hanya dibenarkan berkumpul di jalan awam di luar kawasan Parlimen, sekali gus menjejaskan fungsi demokratik perhimpunan awam. Seperti ditegaskan oleh Pelapor Khas PBB mengenai Kebebasan Berhimpun, hak untuk memprotes merangkumi hak untuk berada “dalam jarak penglihatan dan pendengaran” kepada audiens yang disasarkan. Inilah fungsi demokratik utama protes—menyampaikan tuntutan rakyat terus kepada pemegang kuasa. Pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab untuk memudahkan perhimpunan di lokasi yang relevan. Namun dalam kes ini, bukan sahaja polis gagal memudahkan, malah kehadiran mereka yang berlebihan telah menghalang ruang buat penganjur dan peserta. Akibat halangan ini, Ahli Parlimen dan/atau wakil mereka terpaksa keluar dari kawasan Parlimen untuk menerima memorandum secara langsung. Sekalipun ada sekatan, ia mesti seimbang dengan jaminan Perlembagaan Malaysia serta prinsip keperluan dan keseksamaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Larangan menyeluruh ke atas kehadiran di Parlimen bukan sahaja gagal memenuhi piawaian ini, malah menghantar mesej yang salah—bahawa suara rakyat hanya layak di pinggiran dan tidak di pusat pembuatan dasar. Skala dan sikap kehadiran polis, termasuk penugasan LSF, jelas berpunca daripada andaian bahawa protes adalah ancaman, bukannya proses demokratik. Ini sangat membimbangkan kerana tiada sebarang ancaman terhadap ketenteraman awam wujud. Tindakan mempamerkan kekuatan sedemikian berupaya menakut-nakutkan masyarakat, sekaligus menghakis keyakinan rakyat terhadap peranan polis sebagai pemudah hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman, dan mengecewakan mereka yang ingin bersuara secara beradab. Lebih membimbangkan, ketika rundingan masih berlangsung antara penganjur dan polis di sebalik halangan, seorang peserta wanita—ahli pasukan rundingan—telah ditolak oleh anggota polis wanita, dipercayai atas arahan samar seorang pegawai lelaki. Sekretariat Himpun menegaskan dan mempertahankan hak berhimpun secara aman untuk menuntut keadilan dan reformasi. Tiada sesiapa wajar diugut atau dihalang hanya kerana melaksanakan hak perlembagaan mereka. Kami menuntut: Pemulihan segera akses rakyat ke Parlimen, termasuk protokol jelas dan munasabah bagi membolehkan penyerahan memorandum kepada Parlimen oleh peserta perhimpunan, selaras standard hak asasi manusia antarabangsa; Komitmen Kementerian Dalam Negeri agar sebarang pindaan Akta Perhimpunan Aman akan melalui semakan menyeluruh ke atas mana-mana seksyen yang menghadkan hak berhimpun supaya selaras dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa; Penambahbaikan latihan polis agar tumpuan diberi kepada pengurusan perhimpunan secara fasilitatif dan berasaskan hak asasi manusia, serta penekanan terhadap kawalan diri dalam penggunaan kuasa. Disokong oleh: 1. Mandiri 2. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) 3. Bersih 4. Centre for Independent Journalism (CIJ) 5. Federasi Pemuda Kebangsaan 6. Liga Mahasiswa Malaysia 7. Mahasiswa Demokratik Malaysia 8. Gerakan Perempuan Melawan 9. Justice For Sisters 10. Amnesty International Malaysia 11. Center To Combat Corruption & Cronyism (C4 Center) 12. Pro-Siswa Kolej Komuniti Malaysia

  • Effective Assembly Facilitation Doesn't Require Section 9(5)

    *The Malay translation of this statement is available below, following the English version. Home Minister Saifuddin Nasution’s remarks on 16 July that the Federal Court decision to strike down Section 9(5) of the Peaceful Assembly Act (PAA) weakens police capacity to manage assemblies are concerning. The constitutional right to assemble cannot - and should not - be made contingent on police convenience. Saifuddin’s claim that police must now “mobilise all available police resources just to prepare for unknown scenarios” for assemblies misconstrues the Court’s decision and overstates the operational impact. Spontaneous or urgent assemblies are part and parcel of democratic life. Police forces are expected to plan adaptively, respond proportionately, and rely on discretion and intelligence—not blanket deployments. The absence of criminal penalties for non-notification does not eliminate the possibility of prior notice altogether. Suggesting otherwise implies a false choice between facilitation and chaos, and undermines public confidence in the police’s ability to facilitate assemblies efficiently while upholding constitutional freedoms. The track record of Section 9(5) further undermines its necessity. Between 2020 and 2024, only four were charged under Section 9(5) out of 636 investigated—highlighting its limited prosecutorial value and waste of enforcement resources. Section 9(1) has also been repeatedly invoked to investigate organisers even when notice is properly given—particularly for assemblies addressing corruption or human rights violations. This pattern of selective enforcement fosters a climate of fear that deters legitimate expression and diverts police efforts away from their core duty to facilitate - not restrict - peaceful assemblies. Saifuddin’s statement that organisers are still required to obtain permission from venue owners contradicts Prime Minister Anwar Ibrahim’s announcement in February 2025 that a moratorium on Section 11 investigations was in effect — a discrepancy SUARAM had already flagged in our 2 July statement. The government must urgently clarify its position on the enforcement of Section 11, as continued ambiguity risks misleading organisers and deterring legitimate assemblies. We urge the government to engage civil society in transparent consultations—not only on the content of the upcoming PAA amendments, but also on improving police facilitation practices in line with constitutional obligations and operational realities. This is an opportunity to build institutional capacity for enabling peaceful expression, while reducing reliance on punitive measures. In solidarity, Azura Nasron Executive Director of SUARAM Film Screening and Discussion at Dataran Merdeka on 12th July 2025. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- PENGURUSAN HIMPUNAN YANG BERKESAN TIDAK MEMERLUKAN SEKSYEN 9(5) Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution pada 16 Julai bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) melemahkan keupayaan polis untuk menguruskan perhimpunan adalah membimbangkan. Hak perlembagaan untuk berhimpun tidak boleh — dan tidak sepatutnya — bergantung kepada kesenangan pihak polis. Dakwaan Saifuddin bahawa pihak polis kini perlu “menggerakkan semua sumber polis yang ada semata-mata untuk bersedia menghadapi senario yang tidak diketahui” mencerminkan salah faham terhadap keputusan Mahkamah dan melebih-lebihkan kesannya dari segi operasi. Perhimpunan yang spontan atau mendesak merupakan sebahagian daripada kehidupan demokrasi. Pasukan polis seharusnya bersedia merancang secara adaptif, bertindak secara berkadar dan bergantung kepada budi bicara serta risikan — bukan dengan pengerahan besar-besaran secara melulu. Ketiadaan hukuman jenayah atas kegagalan memberikan notis tidak bermakna notis awal tidak akan diberikan langsung. Malah, ini sebaliknya memberi gambaran palsu seolah-olah satu-satunya pilihan adalah antara fasilitasi dan kekacauan, serta menjejaskan keyakinan awam terhadap kemampuan polis untuk memudahkan perhimpunan secara cekap sambil mempertahankan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan. Rekod pelaksanaan Seksyen 9(5) juga menimbulkan persoalan terhadap keperluannya. Sejak dari tahun 2020 hingga 2024, hanya empat individu didakwa di bawah Seksyen 9(5) daripada 636 kes yang disiasat — menunjukkan nilai pendakwaannya rendah dan pembaziran sumber penguatkuasaan. Seksyen 9(1) juga sering digunakan untuk menyiasat penganjur meskipun notis telah diberikan dengan sewajarnya — terutama bagi perhimpunan yang membangkitkan isu rasuah atau pelanggaran hak asasi manusia. Corak penguatkuasaan secara terpilih ini mewujudkan rasa takut yang menghalang ekspresi sah dan mengalih fokus tugas polis daripada peranan utama mereka iaitu untuk memudah cara — bukan menyekat sesuatu perhimpunan aman. Kenyataan Saifuddin bahawa penganjur masih perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis juga bercanggah dengan pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Februari 2025 mengenai pelaksanaan moratorium terhadap siasatan di bawah Seksyen 11 — satu percanggahan yang telahpun dibangkitkan SUARAM dalam kenyataan bertarikh 2 Julai. Kerajaan mesti segera menjelaskan pendiriannya berhubung penguatkuasaan Seksyen 11 memandangkan kekeliruan yang berterusan hanya akan mengelirukan penganjur dan menghalang perhimpunan yang sah. Kami menggesa kerajaan untuk melibatkan masyarakat sivil dalam perundingan yang telus — bukan sahaja mengenai kandungan pindaan APA yang akan datang, tetapi juga dalam usaha memperbaiki amalan pemudahan polis selaras dengan tanggungjawab perlembagaan dan realiti operasi. Ini adalah peluang untuk memperkukuh keupayaan institusi dalam menyuburkan ekspresi secara aman, sambil mengurangkan kebergantungan terhadap langkah-langkah berbentuk hukuman. Dalam solidariti, Azura Nasron Pengarah Eksekutif SUARAM

  • DBKL Must Align By-Laws with PAA and Moratorium on Section 11

    *The Malay translation of this statement is available below, following the English version. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) is deeply concerned by Kuala Lumpur City Hall’s (DBKL) statement that all public activities at Dataran Merdeka require a “permit” from the mayor and “approval” from the police—citing by-law 8 of the 1992 Dataran Merdeka By-Laws and Section 63 of the Local Government Act 1976 (LGA). These claims raise serious legal and constitutional concerns, particularly in light of the moratorium on Section 11 of the Peaceful Assembly Act (PAA) and the guaranteed right to peaceful assembly under Article 10 of the Federal Constitution. DBKL’s authority to manage Dataran Merdeka—derived from Section 63 of the LGA and exercised through by-laws—is not absolute and must be exercised within the limits of higher laws. Under Article 75 of the Federal Constitution, any state or local law that conflicts with federal legislation is void to the extent of the inconsistency. The PAA, as federal law, governs public assemblies and only requires organisers to notify the police, not to obtain “prior approval”. Any DBKL regulation requiring “prior approval” must therefore be interpreted in harmony with the PAA: while DBKL may impose reasonable conditions as caretaker of the space, it cannot prohibit an assembly solely because it lacks a “permit”. With the Prime Minister’s announcement of a moratorium on Section 11 of the PAA in February 2025—which suspended the requirement for consent from the “owner or occupier of the place of assembly”— DBKL has no legal basis to reintroduce such a requirement through by-laws or the Local Government Act. Attempts to do so risk undermining the primacy of federal law and violating the constitutional right to peaceful assembly. Furthermore, framing civic activities through the language of ‘approval’ reflects a regressive approach that contradicts the post-2012 shift towards facilitation under the PAA. This narrative risks normalising bureaucratic barriers that restrict the exercise of the constitutional right to peaceful assembly in practice and civic participation in general. Local authorities must act as facilitators of civic engagement, not gatekeepers against it. SUARAM urges DBKL and all local councils to bring their by-laws and enforcement practices in line with the moratorium on Section 11 and the facilitative framework of the PAA. We also call on the federal government to initiate a comprehensive review of federal and local laws that contradict the spirit and letter of the Peaceful Assembly Act—including Sections 141 to 143 and 145 of the Penal Code, as well as overlapping restrictions under the Protected Areas and Protected Places Act (PAPPA). Amendments to both the PAA and PAPPA should be especially considered to ensure that the right to organise and participate in a peaceful assembly is not denied for assemblies held near government buildings and ministries. In solidarity, Sevan Doraisamy ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- SUARAM: DBKL PERLU SELARASKAN UNDANG-UNDANG KECIL (UUK) DENGAN AKTA PERHIMPUNAN AMAN (APA) DAN MORATORIUM SEKSYEN 11 Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengambil berat kenyataan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bahawa aktiviti-aktiviti di Dataran Merdeka memerlukan ‘permit’ daripada Datuk Bandar dan kebenaran pihak polis seperti yang dinyatakan dalam UUK Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (WPKL) 1992 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Tuntutan ini membangkitkan kebimbangan serius dari sudut perundangan dan perlembagaan, terutamanya moratorium pada seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman dan hak untuk berhimpun yang termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.  Bidang kuasa DBKL untuk mengendalikan Dataran Merdeka seperti yang ditetapkan dalam seksyen 63 AKT dan pelaksanaan melalui UUK bukanlah mutlak dan perlu dilaksana berdasarkan had undang-undang tertinggi. Di bawah Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, mana-mana undang-undang negeri dan tempatan yang bercanggah dengan perundangan persekutuan adalah tidak sah malahan tidak konsisten. APA sebagai undang-undang persekutuan, mentadbir perhimpunan aman dan hanya memerlukan pengajur untuk memaklumkan pihak polis, bukan untuk mendapatkan ‘pengesahan awal’. Sebarang peraturan DBKL memerlukan ‘pengesahan awal’ perlu ditafsirkan secara harmoni dengan APA sementara itu DBKL boleh mengenakan syarat munasabah sebagai penjaga ruang berkenaan dan ia tidak boleh melarang perhimpunan semata-mata hanya kerana tidak mempunyai ‘permit’. Pada Februari 2025 lalu, Perdana Menteri mengumumkan moratorium kepada seksyen 11 APA - penggantungan keperluan untuk mendapatkan kebenaran daripada ‘pemilik premis bagi kawasan perhimpunan’ - DBKL tidak mempunyai asas undang-undang untuk memperkenalkan semula syarat melalui undang-undang kecil atau Akta Kerajaan Tempatan. Percubaan untuk berbuat demikian berisiko menjejaskan keutamaan undang-undang persekutuan dan melanggar hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman. Selain itu, merangka aktiviti-aktiviti sivik dengan bahasa seperti ‘kebenaran’ mencerminkan pendekatan regresif yang bercanggah dengan perubahan pasca 2012 ke arah fasilitasi di bawah APA. Naratif sebegini berisiko menormalisasikan halangan birokratik yang menghalang pelaksanaan hak untuk berhimpun seperti yang wujud dalam perlembagaan sama ada dalam bentuk amalan dan penglibatan sivik secara am. Pihak berkuasa tempatan perlu bertindak sebagai fasilitator untuk penglibatan sivik dan bukan penghalang.  SUARAM mendesak DBKL dan semua majlis perbandaran untuk melihat undang-undang kecil dan amalan penguatkuasaan selari dengan moratorium di bawah seksyen 11 dan membentuk rangka kerja berkaitan dengan fasilitasi berdasarkan APA. Kami juga menyeru kerajaan persekutuan untuk memulakan semakan komprehensif bagi undang-undang persekutuan dan tempatan yang bercanggah dengan semangat serta peruntukan dalam APA—termasuk Seksyen 141 hingga 143 dan 145 Kanun Keseksaan, serta sekatan bertindih di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (PAPPA). Pindaan APA dan PAPPA ini. Pindaan kepada kedua-dua PAA dan PAPPA perlu dipertimbangkan terutamanya untuk memastikan hak untuk menganjurkan dan mengambil bahagian dalam perhimpunan aman tidak dinafikan untuk perhimpunan yang diadakan berhampiran bangunan kerajaan dan kementerian. Dalam solidariti, Sevan Doraisamy

  • Don't Stop at Section 11, Repeal 9(5) Now

    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) welcomes Home Minister Saifuddin Nasution’s prompt acknowledgement of the Federal Court’s landmark ruling that Section 9(5) of the Peaceful Assembly Act (PAA) is unconstitutional, and his Ministry’s commitment to consider corresponding legislative amendments in line with the court’s decision. We further note the government’s reaffirmed commitment to amend Section 11 of the PAA during the upcoming parliamentary sitting. These are encouraging steps toward building a culture of facilitation—by addressing the longstanding overreliance on procedural controls that have enabled intimidation, selective enforcement, and the suppression of peaceful dissent. While the move to amend Section 11 of the PAA is necessary, it must not distract from the urgent need to repeal Section 9(5) in full. Sections 9(5) and 11 have long operated in tandem to entrench an authorisation-centric culture, where peaceful assemblies are treated as privileges subject to approval rather than inalienable constitutional rights. Amending one without repealing the other leaves the underlying legal framework fundamentally flawed and impairs the development of a culture grounded in the presumption that peaceful assemblies are lawful. Under international norms, restrictions on peaceful assembly must be the exception—not the rule—and must meet strict tests of necessity and proportionality. The continued existence of Section 9(5) undermines this principle and obstructs the full realisation of the right to assemble under Article 10(1)(b) of the Federal Constitution. While the Home Minister highlighted that 98–99% of assemblies in 2023 and 2024 proceeded without restrictions, this statistical framing risks obscuring persistent structural barriers. Assemblies critical of government-linked corruption or human rights violations remain more vulnerable to surveillance, investigation, and administrative obstruction. These figures do not reflect the chilling effect of selective enforcement, nor do they counteract the entrenched perception—enabled by laws like Section 9(5)—that peaceful assembly is conditional on state approval. We also urge the government to formally clarify the status of the moratorium. While the Home Minister referenced a moratorium on Section 9(5) prosecutions, it remains unclear whether this is a new policy shift or a misstatement of the existing Cabinet decision, which previously focused only on Section 11. A moratorium on Section 9(5) must be explicitly announced and enforced—covering all ongoing investigations and prosecutions—until formal legislative repeal is completed. The government must not miss this critical opportunity to deliver the ‘comprehensive reform of laws related to the right to assemble’ that it has pledged to implement. To this end, we call on the government to: Ensure that the moratorium on Section 9(5) is immediately implemented, and not confined to Section 11; Include full repeal of Section 9(5) among the amendments to the PAA tabled in the upcoming parliamentary sitting, aside from the deletion of Section 11; Swiftly consult with civil society before the next parliamentary sitting on the proposed PAA amendments to ensure that they reflect lived realities and international human rights standards Review and amend other provisions of the PAA that are incompatible with international standards —including Section 4(d), which unjustifiably prohibits individuals below 21 years old from organising assemblies. In solidarity, Azura Nasron Executive Director of SUARAM

  • Federal Court Decision a Landmark Victory for Freedom of Assembly in Malaysia

    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) welcomes the Federal Court’s landmark decision today striking down Section 9(5) of the Peaceful Assembly Act (PAA) as unconstitutional. This ruling restores constitutional balance and affirms the right of all Malaysians to assemble peacefully without fear of criminal sanction. For 13 years since the PAA was first enforced, Section 9(5) has contributed to entrenching not only an approval-centric approach by authorities to assemblies, but also an ‘unlawful’ narrative against assemblies that fail to fulfil the 5-day notice requirement. Section 9(5) has also been consistently used as a tool of intimidation against assembly organisers, especially human rights defenders – most recently seen in the charge against Fadhil Kasim for coordinating the Gempur Rasuah Sabah protest in December 2024 that was later dropped. Section 9(5) thus stands in stark contradiction to the very purpose of the PAA – which is to decriminalise peaceful assemblies and affirm the constitutional right to assemble. The judgement thus rightfully affirms what civil society has advocated for all along – that the right to peaceful assembly is a right and not a privilege granted at the discretion of authorities, and that prior notification should serve to facilitate and not restrict the exercise of this right under Article 10(1)(b) of the Federal Constitution. Crucially, it also reiterates the state’s positive duty to facilitate and create enabling environmental conditions for assemblies, including those that are urgent and spontaneous. In doing so, the ruling brings long-overdue clarity to the legal limits of state power over assemblies and rejects the misuse of notice requirements as a proxy to criminalise dissent. Beyond its immediate legal implications, this ruling also presents the government with a renewed opportunity to better uphold its democratic mandate by ensuring that the right to peaceful assembly is fully protected – both in law and in practice – as a foundation of participatory governance and the rule of law. To this end, we call on the government to honour this landmark decision by immediately imposing a moratorium on the use of Section 9(5) and ensuring its full repeal in the upcoming PAA amendments slated for October this year. We also urge the Royal Malaysia Police to incorporate clear, rights-based guidelines on facilitating peaceful assemblies into its human rights training module developed jointly with the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) – in line with the recommendation from Kazakhstan that Malaysia fully accepted during the fourth Universal Periodic Review (UPR) process.   In solidarity, Azura Nasron (Executive Director at SUARAM) Amir Hadi (in black and white shirt) stands with members of civil society organizations and lawyers at the Palace of Justice following the judgement, capturing a moment of solidarity and advocacy.

  • Ramai Mangsa Penyeksaan Masih Belum Mendapat Keadilan, Malaysia Masih Bungkam daripada Mengambil Tindakan

    Sempena Hari Antarabangsa Menyokong Mangsa-Mangsa Penyeksaan dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 26 Jun, SUARAM melancarkan satu petisyen dalam talian bertajuk “Tunjuk Rakaman Di Parlimen! Gubal RUU Pencegahan Penyeksaan Sekarang!”  bagi mendesak reformasi institusi dan perundangan yang mendesak di Malaysia. Walaupun bertahun-tahun isu penyeksaan dalam tahanan telah dilaporkan dan didokumentasikan, Malaysia masih belum mempunyai undang-undang khusus untuk mencegah penyeksaan.  Kes terbaru yang mengejutkan berlaku pada 17 Januari 2025 di Penjara Taiping  - lebih 60 pegawai penjara ‘bertopeng dan bersenjata’ menyerbu Dewan (tempat tahanan ditempatkan sebelum ke blok tahanan) mengarahkan semua tahanan untuk tunduk dan tangan dibelakang kepala. Mereka mengalami penderaan yang terlalu ekstrem sehingga mengakibatkan kecederaan fikizal berikutan dipukul dengan cota, rotan dan kayu, malahan ada yang ditendang, diseret dan digari. Tidak cukup dengan itu, bahagian anggota badan yang luka akibat dipukul telah dikenakan semburan lada. Salah seorang tahanan bernama Gan, berusia 60-an telah meninggal dunia selepas dipercayai dipukul dan tidak menerima rawatan segera. Pengalaman gelap Operasi Lalang, penyeksaan mangsa-mangsa tahanan ISA dan banyak lagi kes-kes kematian dalam tahanan sepatutnya memberi pengajaran besar dan kerajaan perlu lebih komited menunjukkan komitmen menegakkan hak-hak orang yang ditahan. Paling mengecewakan, Malaysia masih enggan meratifikasi Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT) . Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, mempertahankan keputusan ini dengan alasan bahawa sistem perundangan Malaysia membenarkan hukuman rotan di bawah undang-undang sivil dan Syariah. Beliau menyatakan bahawa ratifikasi akan memerlukan pindaan undang-undang yang besar. Namun alasan ini mengelak daripada isu utama — penyeksaan dalam tahanan semakin parah dan dibiarkan berlarutan tanpa penyelesaian.  Merujuk kepada data terkini oleh Global Torture Index , Malaysia berada di tahap berisiko tinggi - dengan mempertahankan amalan seperti rotan, kerajaan berisiko menghalalkan bentuk penyeksaan dan layanan tidak berperikemanusiaan yang lebih meluas dalam sistem tahanan. Kes Penjara Taiping bukan kes terpencil.  Ia melambangkan krisis sistemik dalam institusi penguatkuasaan undang-undang yang dibelenggu budaya impuniti. Pelaku masih bertugas tanpa tindakan susulan, sementara mangsa-mangsa dan ahli keluarga terus dinafikan keadilan. Menerusi petisyen ini, SUARAM mengemukakan tuntutan berikut: SUHAKAM membentangkan rakaman CCTV dan dokumen siasatan awam  berkaitan insiden di Penjara Taiping kepada rakyat dan ahli Parlimen; Kerajaan Malaysia menggubal dan membentangkan Rang Undang-Undang Pencegahan Penyeksaan (RUUPP)  di Parlimen sebagai langkah awal reformasi menyeluruh; Mengambil tindakan serta-merta terhadap pegawai  yang terlibat dalam kes penyeksaan di Penjara Taiping; Membuka semula siasatan ke atas kes-kes penyeksaan terdahulu  dan memberikan keadilan kepada semua mangsa. Penyeksaan bukan sahaja melanggar maruah manusia, malah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan  dan prinsip hak asasi antarabangsa. Setiap individu berhak untuk selamat semasa dalam tahanan. Tanpa undang-undang khusus, mangsa terus menderita, dan pelaku terus terlepas. Kami menyeru orang awam untuk menandatangani petisyen ini dan mendesak kerajaan Malaysia agar mengambil tindakan tegas dan bermakna. Keadilan tidak boleh ditangguhkan lagi. 🖊️ Tandatangani petisyen dan kongsikan bersama : https://www.change.org/DesakSUHAKAM_GubalRUUPP   📷 Bacaan penuh infographik kejadian di Penjara Taiping: 🔗 https:// www.instagram.com/p/DLWrLtwRZOV/?igsh=MmNoYnNhMjNoc281 Untuk pertanyaan, sila hubungi: Jernell Tan, Penyelaras Dokumentasi dan Pemantauan SUARAM documentation@suaram.net #SelamatDalamTahanan #HariMenyokongMangsaPenyeksaan #RUUPP

  • End Weaponisation of Travel Bans Against Activists

    *The Malay translation of this statement is available below, following the English version. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) strongly condemns the Sabah state government’s decision to deny entry and deport activist and graphic artist Fahmi Reza upon arrival at Kota Kinabalu International Airport on 29 May 2025. The entry ban appears to be in retaliation to Fahmi’s satirical caricature of Tun Musa Aman in a public space in Kota Kinabalu in December 2024. While the Sabah state government has the authority under the Immigration Act 1959/63 to regulate entry into the state, this discretion should not be exercised in a manner that contravenes the Federal Constitution. Article 9 of the FC guarantees freedom of movement, which must not be curtailed arbitrarily – especially when the restriction stems from the exercise of the constitutional freedom of expression. A politically motivated entry ban, imposed in retaliation for satire, runs counter to the principles of necessity and proportionality under international freedom of expression standards.  Fahmi’s case is also far from unique. Civil society leaders such as Thomas Fann, Wong Chin Huat, and  Jerald Joseph  continue to face travel bans from Sarawak, imposed in response to their peaceful advocacy work on governance, electoral reform, and environmental justice. These longstanding restrictions reflect a broader pattern of state-level misuse of immigration discretion  to structurally exclude dissenting voices, whilst shielding political elites from scrutiny. Such actions suppress Malaysia’s democratic discourse and erode public trust in the rule of law and institutional accountability. SUARAM calls on the Sabah state government to rescind the entry ban  against Fahmi Reza and to ensure that immigration powers are exercised transparently, proportionately, and in accordance with human rights standards. We further urge all levels of government to uphold the rights to freedom of expression and movement—not just in principle, but in practice—and to immediately review and end the use of travel bans as a tool to punish dissent and restrict civic space. In solidarity, Sevan Doraisamy Executive Director of SUARAM --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- HENTIKAN PENGGUNAAN LARANGAN PERJALANAN TERHADAP AKTIVIS SUARAM mengecam tindakan kerajaan negeri Sabah yang menghalang kemasukan dan menghantar pulang aktivitis dan artis grafik, Fahmi Reza semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 29 Mei 2025. Larangan masuk dilihat sebagai tindakan balas terhadap karikatur satira Tun Musa Aman oleh Fahmi yang dilakukan di ruang awam di Kota Kinabalu pada Disember 2024. Ketika pihak berkuasa kerajaan negeri Sabah mempunyai kuasa di bawah Akta Imigresen 1959/63 untuk mengendalikan urusan memasuki ke negeri berkenaan, budi bicara ini tidak seharusnya dikuatkuasakan dalam bentuk yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan untuk bergerak dimana ia tidak seharusnya dihalang sewenang-wenangnya - terutama apabila halangan ini berakar daripada hak yang termaktub dalam kebebasan bersuara. Halangan kemasukan yang berunsurkan politik - dikenakan sebagai tindak balas terhadap satira yang dibuat, menjadikan ia bercanggah kepada prinsip keperluan dan berkadaran di bawah piawaian kebebasan bersuara peringkat antarabangsa.  Kes Fahmi bukanlah sesuatu yang asing. Pimpinan masyarakat sivil lain seperti Thomas Fann, Wong Chun Huat dan Jerald Joseph masih lagi berhadapan dengan larangan memasuki Sarawak - yang dikenakan sebagai respon advokasi aman terhadap tadbir urus, reformasi pilihan raya dan keadilan alam sekitar. Halangan berterusan sebegini mencerminkan corak salah guna kuasa budi bicara pihak imigresen di peringkat negeri - yang secara strukturnya menafikan suara pihak pembangkang sementara berterusan melindungi elit politik daripada diteliti. Tindakan sebegini mengekang wacana demokrasi Malaysia dan menghakis kepercayaan orang awam terhadap kedaulatan undang-undang dan akauntabiliti institusi.  SUARAM menyeru kerajaan negeri Sabah untuk menarik semula halangan kemasukan terhadap Fahmi Reza dan memastikan kuasa pihak imigresen dilaksanakan dengan ketelusan, berkadaran dan mematuhi piawaian hak asasi manusia. Kami menyeru untuk meminta semua peringkat kerajaan untuk mengangkat kebebasan bersuara dan bergerak, bukan hanya pada prinsip tetapi pada amalan. Selain itu, perlu segera mengkaji semula dan henti menggunakan amalan halangan kemasukan sebagai alat untuk menghukum pembangkang dan mengetatkan ruang sivik.  Dalam solidariti, Sevan Doraisamy Pengarah Eksekutif SUARAM

  • 7 Tahun Berlalu: Keadilan Bagi Mendiang Soosaimanicckam Kini Terletak di Tangan Jabatan Peguam Negara

    Hari ini genap tujuh tahun kematian Soosaimanickkam A/L Joseph, seorang Pegawai Kadet di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Beliau disahkan meninggal dunia pada 19 Mei 2018 – hanya beberapa hari setelah diterima masuk sebagai Pegawai Kadet Graduan (PKG) di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak. Sepanjang tempoh tujuh tahun ini, ahli keluarga telah menempuh pelbagai jalan untuk menuntut keadilan — bermula dari memfailkan inkues dan rayuan. Mahkamah Tinggi Ipoh melalui Rayuan Jenayah pada 29 Julai 2024, memutuskan bahawa kematian Soosaimanicckam adalah akibat homisid ( homicide ) dan berpunca daripada tindakan langsung pegawai-pegawai TLDM. Sejurus selepas keputusan tersebut, ahli keluarga telah membuat laporan polis bagi mendesak agar kertas siasatan dibuka berdasarkan keputusan mahkamah. Mereka turut menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman dan juga kepada Jabatan Peguam Negara. Namun, sehingga kini, masih tiada sebarang maklum balas atau tindakan daripada mana-mana institusi. Kegagalan ini mencerminkan betapa rapuhnya sistem akauntabiliti institusi di Malaysia, tidak konsisten dalam menegakkan keadilan serta kurangnya ketelusan pihak berkuasa dalam menangani kes-kes kematian akibat kecuaian institusi — meskipun segala saluran undang-undang telah pun diusahakan oleh pihak keluarga. Oleh demikian, pihak SUARAM menggesa: Jabatan Peguam Negara menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh dan mengarahkan siasatan baharu dibuka di bawah Seksyen 302 dan/atau Seksyen 304 Kanun Keseksaan, diketuai oleh pasukan khas bebas daripada PDRM Bukit Aman dan bukan pihak yang terlibat secara langsung sebelum ini. Pastikan semua individu yang dikenal pasti terlibat dalam kes homisid Soosaimanicckam ini harus didakwa tanpa perlindungan dan kompromi, demi memastikan keadilan ditegakkan dan prinsip undang-undang dihormati. Kegagalan Jabatan Peguam Negara untuk mengarahkan pembukaan siasatan susulan terhadap keputusan mahkamah bukan sahaja mencerminkan kelonggaran sistem perundangan dalam melindungi nyawa rakyat, tetapi turut menimbulkan persoalan sama ada institusi ini secara tidak langsung sedang mengekalkan budaya bebas dari hukuman dan membiarkan risiko tragedi sebegini terus berulang.   Dalam solidariti, Sevan Doraisamy Pengarah Eksekutif SUARAM

  • Honouring Lives Lost in the Teluk Intan FRU Crash

    *The Malay translation of this statement is available below, following the English version. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) expresses our deepest condolences to the families and loved ones of the nine Federal Reserve Unit (FRU) officers who tragically lost their lives in a road crash in Teluk Intan, Perak, on the morning of 13 May 2025. We also extend our heartfelt wishes for a full and swift recovery to the eight officers who were injured. We honour the dedication and service of the officers involved, and recognise the profound loss experienced by their families, colleagues, and the wider community. We take note of the ongoing investigation led by the Royal Malaysia Police and the Ministry of Transport’s establishment of a task force to examine the circumstances of the crash. This tragedy echoes earlier road incidents involving enforcement personnel, such as the 2019 case in Johor where brake failure led to two police deaths and three injuries, and the 2024 Gurun crash where three army personnel were killed after a lorry struck stationary military vehicles. These incidents remind us of the persistent transport risks faced by uniformed officers. We sincerely hope that the ongoing investigations will be thorough and take into account all contributing factors, so that the families affected may find clarity and closure. Our thoughts are with all those grieving and impacted by this deeply painful event. In solidarity, Sevan Doraisamy Executive Director at SUARAM --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- UCAPAN TAKZIAH & PENGHORMATAN KEPADA WARIS KELUARGA ANGGOTA PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN (FRU) YANG TERKORBAN DALAM NAHAS DI TELUK INTAN Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) turut berduka cita dan merakamkan ucapan takziah kepada waris keluarga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas jalan raya yang tragis di Teluk Intan, Perak, pada pagi 13 Mei 2025. Kami juga mendoakan agar lapan anggota yang cedera segera sembuh sepenuhnya. Kami menghormati jasa pengorbanan serta dedikasi anggota yang terlibat, dan mengakui tragedi ini merupakan satu kehilangan besar buat ahli keluarga, rakan setugas serta masyarakat. Kami mengambil maklum mengenai siasatan kini yang giat dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan penubuhan pasukan petugas oleh Kementerian Pengangkutan untuk meneliti punca nahas tersebut. Tragedi ini mengingatkan kita kepada insiden-insiden jalan raya yang pernah berlaku melibatkan anggota penguatkuasa sebelum ini, seperti kes pada tahun 2019 di Johor di mana kegagalan brek menyebabkan dua anggota polis terkorban dan tiga cedera, serta nahas di Gurun pada tahun 2024 yang meragut nyawa tiga anggota tentera apabila sebuah lori melanggar kenderaan tentera yang sedang berhenti. Insiden-insiden ini mengingatkan kita akan risiko kemalangan yang juga dihadapi oleh anggota beruniform ketika sedang bertugas. Kami amat berharap agar siasatan yang sedang dijalankan akan dilakukan secara menyeluruh dan mengambil kira semua faktor penyumbang, agar keluarga mangsa dapat memperoleh keadilan dan ketenangan. Doa kami mengiringi keluarga yang ditinggalkan. Semoga diberi ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini. Dalam solidariti, Sevan Doraisamy Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

  • Memorandum: Tuntutan Membuka Kertas Siasatan Homisid

    Bagi Mendiang Kadet Soosaimanicckam A/L Joseph kepada Peguam Negara Malaysia Berikut adalah kandungan memorandum yang telah diserahkan kepada pegawai Peguam Negara berhubung kegagalan pihak polis untuk membuka siasatan homisid (pembunuhan) atas kematian kadet pelatih Soosaimanicckam a/l Joseph. Hari ini (13 Mei 2025), keluarga mendiang J Soosaimanicckam bersama-sama dengan pihak SUARAM dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyerahkan memorandum meminta Peguam Negara mengarahkan kertas siasatan dibuka semula berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh (29 Julai 2024) bahawa kematian mendiang disebabkan homisid (pembunuhan). Pada 19.05.2018, Soosaimanicckam a/l Joseph, telah meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Lumut sewaktu menjalani Latihan Pegawai Kadet Graduan Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (“Latihan PKG TLDM”) di KD Sultan Idris 1, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut Perak. Mendiang, ketika itu berumur 27 tahun meninggal dunia hanya selepas seminggu menjalani Latihan PKG TLDM. Berdasarkan pemeriksaan kesihatan yang diambil oleh mendiang sebagai pra-syarat kepada Latihan PKG TLDM ada melaporkan bahawa mendiang tidak mempunyai apa-apa penyakit dan disahkan sihat. Pada 29.07.2024 Mahkamah Tinggi Ipoh di dalam Rayuan Jenayah No.: AA-42(ORS)-5- 07/2023 telah memutuskan bahawa kematian mendiang adalah disebabkan homisid ( homicide) . Mahkamah juga memutuskan bahawa pembunuhan ini adalah akibat tindakan langsung pegawai-pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia. Lanjutan itu, pihak keluarga mendiang Soosaimanicckam telah pun membuat laporan polis di IPD Petaling Jaya pada 01.08.2024 (No. Repot: Pusat/005687/24) menuntut suatu siasatan pembunuhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan susulan daripada keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut. Di samping itu, pihak keluarga juga telah memberi satu memorandum kepada Ketua Polis Negara di Bukit Aman pada 08.08.2024 untuk menggesa kertas siasatan dibuka berikutan keputusan mahkamah tersebut. Namun, sehingga kini, pihak keluarga mendiang tidak dihubungi oleh pihak polis dan tidak dimaklumkan sama ada siasatan sedang dijalankan atas kematian mendiang Soosamanicckam selaras dengan laporan tersebut dan keputusan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut. Oleh yang demikian, kami menuntut seperti berikut: Suatu siasatan BARU di bawah seksyen 302 dan/atau 304 Kanun Keseksaan dibuka dan dikendalikan oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman. Suatu pasukan siasatan yang bebas dilantik oleh pihak Jabatan Negara untuk menjalankan siasatan tersebut. Bahawa siasatan yang dijalankan harus memberi pertimbangan sewajarnya kepada keputusan homisid yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada 29.07.2024 . Komunikasi dua hala kepada pihak keluarga mendiang berkenaan perkembangan siasatan bagi memastikan ketelusan siasatan. IPD Manjung perlu memberi penjelasan berkenaan kegagalan untuk membuat siasatan yang telus dan menyeluruh bagi kematian Soosaimanicckam pada tahun 2018.   Kami mahu satu keadilan untuk kematian beliau, Kadet Pelatih mendiang J Soosaimanicckam yang menjadi mangsa bunuh dan pihak Peguam Negara adalah langkah terakhir kami menuntut keadilan ini melalui sistem ini. Kronologi Kes: Berikut merupakan kronologi kejadian yang berlaku berdasarkan keterangan dan temubual yang diambil daripada saksi-saksi:  * Penama adalah J Soosaimanicckam TARIKH BUTIRAN KEJADIAN 17 Oktober 2017 Iklan pengambilan calon ( Pegawai Kadet Graduan) PKG bagi tahun 2018. 31 Disember 2017 Iklan pengambilan kerja PKG tahun 2018 bagi saluran khas. Tujuan pengambilan khas adalah untuk meningkatkan 10% kuota bukan Melayu dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1 Februari 2018 Penama telah membuat pemeriksaan X-ray di bahagian dada dan ujian darah di Klinik Kesihatan Bukit Kuda, Klang.   Laporan X-ray menyatakan bahawa paru-paru Penama berada dalam keadaan normal. Ia telah disahkan oleh Dr Evelyn Tan Huat, Pegawai Perubatan yang bertuhas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. 3 Februari 2018 Pada 3 dan 4 Februari, Penama telah dipanggil untuk temu duga di Wisma KL Transit. Pada hari pertama bagi Fasa 1, semua dokumen Penama telah disemak. Saringan perubatan penuh juga telah dibuat.   Saringan ini merangkumi pemeriksaan badan, X-ray, ujian darah, ujian air kencing, dan pemeriksaan gigi. Hasil keputusan saringan tidak mempunyai sebarang masalah untuk Penama maju ke fasa seterusnya.   Setelah selesai, semua calon yang hadir ke temuduga termasuk Penama telah diberikan tempat penginapan. Pengagihan penginapan bagi sesesorang calon hanya dibuat sekiranya calon tersebut melepasi kesemua saringan di Fasa 1. Calon yang tidak berjaya melepasi salah satu saringan di Fasa 1, tidak akan meneruskan proses saringan dan diminta pulang.   Penama berjaya melepasi kesemua saringan di Fasa 1 dan berjaya ke Fasa 2. Di Fasa 2, ujian profiling dan dokumentasi BAT v3 36 telah dibuat. 4 Februari 2018 Pada hari kedua di Fasa 3, ujian larian 3.2KM telah dilajalankan dan Penama berjaya.   Seterusnya, raptai Lembaga awal telah dijalankan. Lembaga awal serta sesi pemilihan pelatih juga telah diadakan. 12 Mei 2018 Penama melaporkan diri sebagai PKG di KD Sultan Idris 1, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut Perak. Taklimat telah diberikan kepada semua PKG dan ahli keluarga mereka.   Pada 12 dan 13 Mei, CTK bertanggungjawab tehadap semua PKG termasuk Penama. CTK telah menguruskan proses dokumentasi kepada semua PKG yang melaporkan diri dan mengadakan raptai untuk majilis angkat sumpah yang akan dilaksanakn pada 14 Mei 2018. Kesemua aktiviti telah tamat lebih kurang jam 2.00 pagi (lewat malam). 13 Mei 2018 Pada pukul 6.00 pagi, Penama telah menghantar satu mesej melalui WhatsApp kepada abang sulungnya, iaitu Charles untuk membelikan palam telinga (earplug) kerana Penama tidak dapat tidur akibat bunyi bising dari bilik sebelah.   Penama juga memaklumkan bahawa semua PKG terpaksa tidur pada jam 4.00 pagi dan hanya diberikan 1 jam sahaja untuk tidur. Walau bagaimanapun, Penama memaklumkan bahawa beliau tidak dapat tidur dalam tempoh yang diberikan.   Sepanjang dua hari pertama, iaitu sebelum berlangsungnya majlis angkat sumpah, PKG sering kali ditanya oleh pegawai di KDSI 1 sama ada PKG ingin meneruskan latihan atau tidak. Sesiapa yang tidak meneruskan latihan tersebut, boleh menarik diri pada bila-bila masa sebelum majlis angkat sumpah dilakukan. 14 Mei 2018 Majlis angkat sumpah telah berlangsung. Selepas selesai, aktiviti rempuh halangan dan berendam di dalam kolam air lumpur dijalankan. 15 Mei 2018 Aktiviti Rutin Alpha (latihan orientasi) telah dimulakan untuk tempoh tiga bulan. Aktiviti ini bertujuan membentuk ketahanan dan kecergasan diri. Penama mengadu bahawa beliau berasa susah untuk bernafas dan penat dengan latihan fizikal yang diberikan dan tidak mampu mengikuti latihan tersebut.   Disebabkan Penama tidak mampu melakukannya, beliau telah diasingkan dan diberikan latihan tiga kali ganda daripada latihan kadet lain sebagai denda. Terdapat saksi yang lihat Penama ditampar dan ditumbuk oleh Leftenan Muda Arif atas kegagalan membuat latihan. 16 Mei 2018 Penama telah dipanggil untuk berjumpa dengan Lt. Kdr Muhammad Faiz dan telah memotivasikan Penama untuk meningkatkan usahanya. Penama telah meminta untuk pergi ke hospital untuk rawatan luka atas badan dan susah untuk bernafas, namun permintaan ditolak. 17 Mei 2018 Penama tidak mempunyai sebarang perkembangan dari segi aspek latihan dan menjadi semakin letih serta perlahan dalam menamatkan sesuatu latihan.    Penama telah dipanggil semula oleh Lt. Kdr Muhammad Faiz. Penama memaklumkan bahaw beliau ingin menarik diri daripada latihan tetapi telah ditolak. 18 Mei 2018 Suatu sesi kaunseling kumpulan telah diadakan. Walaupun kaunseling tersebut berbentuk kumpulan ianya lebih memfokuskan untuk membina semangat kepada Penama.   Penama menjadi semakin lemah untuk meneruskan latihan dan diminta berehat di bahagian tepi padang selepas didenda membuat larian dan tekan tubi berlebihan daripada kadet lain sebagai denda walaupun memberi alasan susah untuk bernafas.   Penama telah dipapah oleh kadet lain untuk menjalankan pengukuran BMI kerana sangat lemah untuk berjalan seorang diri. Selepas itu, Penama telah ke bilik air untuk mandi dan bersiap untuk program seterusnya. Walau bagaimanapun, Penama dijumpai berdiri dalam keadaan kejang di bilik air dan tidak boleh menguruskan diri sendiri serta berak dan kencing merata tempat dan hidung berdarah.   Rakan-rakan PKG bersama-sama PLB dan PDL yang bertuga telah membawa Penama ke Hospital Angkatan Tentera Lumut  bagi mendapatkan rawatan.   Penama telah disahkan meninggal dunia pada jam 1.45 petang. Memorandum ini telah diterima oleh pegawai Jabatan Peguam Negara, Encik Aziz bin Mohd Salleh. Beliau memberitahu bahawa maklumat susulan akan dimaklumkan.

bottom of page